Rabu, 7 Januari 2009

Bihun Goreng Kampung

Bihun untuk sarapan pagi kami sekeluarga. Kalo wat bihun putih tu, kang banyak citer plak budak2 ni. Nk letak kicap la, sos cili la, dan mcm2 lagi.




Bahan-bahan
>bihun-direndam sampai lembut dan toskan
>bwang merah-ditumbuk halus
>bwang putih-ditumbuk halus
>cili kering kisar
>ikan bilis _ditumbuk kasar
>daging-dihiris nipis
>udang putih (yg kecik2, ada panggil udang sayur)
>sayur taugeh
>sayur sawi-dipotong dan cuci bersih
>sedikit cuka
>garam, perisa


Cara-cara
1.Panaskan kuali.Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
2.Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
3.Bila cili dh masak/terbit minyak, masukkan daging, ikan bilis tumbuk dan udang. Kacau lagi.
4.Masa ni bolehlah dimasukkan batang sawi untuk lebih masak.
5.Letak garam dan perasa. Renjiskan sedikit cuka makan
6.Masukkan bihun yang telah ditos dan gaul rata.
7.Masukkan sayur sawi, kacau lagi. Sebelum diangkat,masukkan taugeh.

Siap..senang jer.

2 corat coret:

kakchik berkata...

Ooo... kakchik suka yang warna putih je, tak suka sangat kalau warna lain tapi makan jugak.... Bihun Noorma ni kalau kakchik yang kena makan, habis semua taugeh kakchik ketepikan, baru leh makan.

noorma berkata...

Ha,ha,ha,,kak chik nk sama la mcm anak saya si Farisya. Tak makan togeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...