Sabtu, 3 Januari 2009

Sambal Udang+Petai

Balik dari rumah mak mertua, singgah sekejap kat Pasaraya Hero, sebab stok sayur kat rumah ni dh habis. Terjumpa plak isi petai ni. Aku pun belilah sebab isinya besar-besar. Kalo beli yang papan leceh sikit, nk kena korek keluarkan isi, dan paling tak sanggup kalo ada ulat kwek-kwek kat dalam tu...


Bahan-bahan
>udang
>isi petai
>bawang merah-ditumbuk bersama sedikit belacan
>cili kering kisar
>bawang merah-dipotong bulat
>sedikit air asam jawa

Cara-cara
1.Tumis bawang merah yang ditumbuk bersama cili kisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa. Boleh tambah sedikit lagi air kalau suka berkuah
3.Masukkan petai. Biar empuk sekejap.
4.Diikuti dengan udang. Letak garam dan perasa
5.Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat, kacau dan angkat.
SIAP


Hari ni terlebih rajin sikit. Buat fresh oren dan karot susu.

1 corat coret:

ela berkata...

salam ziarah kak norma....tergugat iman nengok sambal udang petai ngan orange juice nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...