Jumaat, 2 Januari 2009

Ayam Goreng Berempah

Dh lama tak buat ayam goreng berempah ni. Selalu tu kalo buat nasi lemak, mesti buat ayam ni, tp dek kerana penyakit 'M buat ayam goreng biasa jer, gaul garam dan kunyit dan goreng.Entah kenapa tengahari ni rajin plak (walaupun malam tadi demam sikit, nasib baik bila bangun pagi tadi tak melarat demamnya)


Semalam, balik dr jalan-jalan singgah sekejap kat gerai beli nasi dagang dan nasi kerabu. Kat gerai tu pun ada jual nasi lemak. Masa itu ler aku tengok dia tengah goreng ayam berempah ni. Punyalah wangi..sampai satu taman boleh bau. Malas plak nk tunggu dia masak, so aku takde la beli. Hari ni masak sendiri, puas hati!

Bahan-bahan
>ayam secukupnya
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>serai*
>serbuk kari daging
>garam
>perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus
2.Masukkan garam dan serbuk perasa
3.Gaul bersama ayam dan perap selama 1 jam
4.Goreng


Ni lauk-lauk untuk hari ni. Kari kelapa ikan (ish..asyik makan kepala ikan jer..kang pelupa plak..nasib baik aku dh habis study, kalo dulu memang tak pernah sentuh kepala ikan ni, dan untuk anak2 pun aku tak bagi makan)
Selain kari kepala ikan, aku buat sayur kacang botol goreng berlada dan sambal tempe. Ada gak sambal belacan, tp tak sempat nk enterframe kat sini.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...