Jumaat, 10 Ogos 2012

Puding Roti Berjagung

Salam...
Setiap kali berbuka, mesti ada juadah manis dan pedas. Itu wajib. Dan setiap hari, jenuhlah otak memikir dan mencipta manisan dan kuih muih.
Dan hari ini, ada puding roti berjagung. Asalnya nk buat puding roti jagung bersama sos jagung. Tapi dah tak larat nk buat sos tu... last2, modified sikit bagi berkuah....hahaha...senang citer kan...all in one, but still delicious !! hahaha...(perasan)

Macam krim karamel pun ada. Lembik2 dan berair. Suka plak anak2 makan...


Bahan-bahan
6 keping roti - disapu mentega
3 sb krim jagung (dlm tin)
1 bj telur*
1 cawan susu cair*
3 sb gula (ikut kemanisan)*
2 sb tepung kastat*
1 cawan air*

Cara-cara
Blender bahan bertanda *
Susun roti dalam loyang berglis
Taburkan krim jagung di atas roti
Tuang bahan-bahan yang diblender tadi
Bakar selama 40 minit
Dinginkan dalam peti sejuk
Hidangkan

Ni rupa paras setelah keluar dari oven.

Resipi experiment yang berjaya....hahaha....lain kali sure CK buat lagi....


♥♥♥

2 corat coret:

EmbunRosaliza berkata...

hurmm mesti sedap ni mkn sejuk2, tambahan pulak ada cam basah2 gitu..selamat berbuka CK

GreenJade berkata...

creative lah CK...nak try lah nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...