Sabtu, 4 Ogos 2012

Pisang Lumut

Salam Ramadhan ke 15

Dessert kegemaran CK sejak kecil. Inilah dia pisang lumut....rasanya kat google pun belum ada orang lain yang masak dessert ni....CK jer...hehehe....iyo lah..masakan arwah ibu yang paling sedap. Kalau balik sekolah, mesti nk mintak pisang lumut ni... 



 PISANG LUMUT by Cendanakasih

Bahan-bahan
5 biji pisang berangan masak - kupas kulit dan potong serong
3 helai daun pandan- dikisar bersama 1/2 cawan air dan tapis jusnya
1/2 cawan santan Kara
1/4 cawan air masak
3/4 cawan gula (terpulang kepada kemanisan masing2)
2 biji telur
1 sudu teh  tepung kastat (taknk letak pun takpe)
sedikit garam-untuk naikkan rasa lemak
pewarna hijau

Cara-cara
1.Sediakan pengukus.Masukkan pisang ke dalam loyang.
2.Dalam satu bekas, masukkan 1/2 cawan air pandan, air masak,  1/2 cawan santan Kara, gula, garam, telur, tepung kastat dan pewarna hijau.
3. Adun/kisar bahan2 tadi sampai sebati.
4.Kemudian, tuangkan bahan2 yang dikisar ke dalam loyang yang ada pisang tadi.
5.Kukus selama 30 minit.
6.Matikan api, dan keluarkan supaya sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.
7. Pisang lumut yang sejuk siap dihidangkan.

 ni rupanyer pisang lumut yang telah disiap dikukus. Kena masuk peti sejuk dulu yer.... Bahagian atas dia mmg membeku/keras macam tu. Tapi didalamnya lembut dan berair.


Pisang lumut ni memang berair dibahagian dalamnya... so tak payah la risau atau tambah tepung banyak untuk bagi pekat....dia ni macam pengat pisang la jugak...tp versi kukus dan guna pandan. Untuk hilangkan hanyir telur, bolehlah masukkan pandan emulco atau tambah 1 sudu kecil serbuk vanilin.


♥♥♥

6 ulasan:

adda syuhada berkata...

nampak pelik namun tetap terguda...xpernah lagi adda tgk pisang cmni...nampak pun senang nk membuatnya..

Nuwairani berkata...

hmm...ala2 lengat pisang la kot kalau mcm ni. tak pernah try makan pulak.

ibundo berkata...

mesti sodap kan? selamat berpuasa...

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak CK..1st time tau pisang lumut.. bleh cuba lah nnt..nmpk menyelerakan..yana ni antu pisang..semua yg berkaitan pisang mmg fav ^^

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam CK
kali pertama tgk ni, pisang lumut, nampak mcm sedap
lgpun pisang berangan akak memang suker he he

Amie berkata...

Menariknya resepi...namanya pun unik! terima kasih sudi kongsi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...