Khamis, 9 Ogos 2012

Mocha Crunchy

Salam...
Lagi biskut raya...kali ini untuk rumah sendiri.... berperisa kopi, rangup dan sedap....  Masa membakar biskut ni, semerbak bau kopi. Aduh....tak tahan.....sib baik belum habis waktu imsak....so sempat la rasa...hehehe....


Mocha Crunchy 
by: Cendanakasih

Bahan-bahan (dpt dalam 120 keping)
300gm mentega
300gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes-diramas
100gm coffee cips (sama mcam coklat cip, tp perisa kopi)
50 gm hazelnut - dicincang kasar
2st mocha essense
1 pek nescafe 3 in 1
1 st emplex

Cara-cara
Pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. Pukul sebentar saja, sekadar sebatikan semua bahan2 tu.
Masukkan semua bahan2 lain...gaul sehingga sebati.
Dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik2 sikit), sendukkan sedikit adunan dan letak atas loyang yang telah diglis.
Buat sampai habis
Bakar pada suhu 180'c selama 35-40 minit.
Siap

Pada penggemar kopi/nescafe, bolehlah cuba biskut ni...rangup...

Alamak...cukup ke? dapat dalam 2 balang jer....

♥♥♥

3 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

pukul berapa membuatnya ni, CK?? Malam2 sampai pagi ke.. sampai sempat merasa sebelum imsak, ghajin ya amat nih!!

Unknown berkata...

Salam perkenalan ck....
rajinnya buat memalammmm....sedap kukis nie...bau pun semerbak...

Anna Qawina berkata...

Tak cukup tuh..meh aku nk 2 bekas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...