Selasa, 25 Oktober 2011

Kerabu Jantung Pisang

Salam tengahari buat semua. Dah masak? dah makan??

Hari ni ada kerabu jantung pisang.. ermm...lama tak makan kerabu. Sesekali buat best kan. Tapi kat rumah CK ni takde geng penggemar ulam/kerabu. So CK jer lah yang membedal kerabu ni. Sebab tu tak selalu buat. Melainkan kalo ajak kawan2 datang makan2 kat rumah.



Kerabu Jantung Pisang
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang- dibersihkan, dipotong dan direbus empuk
3 biji cili merah #
5 biji cili padi# (boleh lebih kalau suka pedas)
1 sudu kecil belacan#
30gm udang kering - disangai dan ditumbuk halus
1/4 biji kelapa parut - disangai hingga perang
1 biji limau nipis
3 biji bawang kecil- dimayang halus
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus*
sedikit daun kesum- dimayang halus*
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu kecil garam
*kalau taknak letak bunga kantan dan daun kesum pun takpe

Cara-cara
Tumbuk bahan-bahan bertanda #
Masukkan kedalam bekas bersama jantung pisang yang sudah direbus
Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan bawang
Tambah nampla, garam dan perah asam limau.
Gaul rata
Akhir sekali, tabur kelapa goreng dan udang kering yang ditumbuk halus.
Gaul rata lagi, dan siap !!



OK... jumpa lagi !!!



7 corat coret:

Sheila Shafeareen berkata...

As'salam kerabu jantung pisang mak haiiis elera den ni..nak pulak suka mkn lauk kg cam ni..jum tukar sama lomak patin salai...kecur dah npk nya

cik cek berkata...

kak Cek selau masak jantung pisang + ngan sardin...pun sedappp...:D

Ucu Faridah berkata...

selalu mkn tapi x pernah buat..ketinggalan zaman betul kan ucu ni...

nuwairani ismail berkata...

nani tak pnah pulak buat style cenggini...selalu masak yang bersantan tu...yang ni senang sikit kot sebab tak payah nak perah2 santan dah...

Juwita Jamaludin berkata...

sukanya kerabu kak.. tak tahan tgk walaupun baru je buat minggu lepas.. Huhuhuhu

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Noorma..
Jantung pisang mmg sedap. Buat kerabu lagi sedap..I like..

blogresipi.com berkata...

Salam kak noorma,
Sedapnye kerabu..kite suka ratah je kerabu gini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...