Khamis, 6 Oktober 2011

Tauhu Kukus

Salam... dah makan tengahari??

Ini lunch CK hari ni...rindunyer kat tauhu...hehehe...hari ni merupakan hari pertama Jebat CK mendaftar sebagai pelajar kat Uniten (sambung belajo plak org tua tu....hahaha)...so gerenti dia tak dapat balik lunch kan...hehehe....so dapatlah berehat dan makan mende2 faberet CK ni. (kalau dia ada, sure CK kena makan nasik punyer)



Lauk yang sedap. Sesuai ngan diet CK. Diet lagi?? err...bukan apa, minggu lepas kan CK demam, so my Jebat paksa suruh makan nasi dan benda2 berkarbohidrat. Setiap dua jam, dia suruh makan, suruh minum. Selang sehari dia beli nasi kukus ayam goreng berempah. Pergh..mmg sedap...

Dan...hari ni CK takmo makan nasi ler. Dan cuba plak tauhu kukus. Nampak respi kat rumah Nani (yg tgh berdiet gak tu...hehe) Ermm...sedap laa...betul kata Nani. Sesuai ngan tekak tauhurian ni..wakahkahkah..... Nk membuatnya ambik masa lebih kurang 10-12 minit la jugak, tp bila makan, dalam masa 5 minit jer tauhu ni dh berjaya masuk perut...hahaha...SEDAP !!!

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: Nani

Bahan:-
* 1 bar tauhu lembut (yg dalam kotak putih tu)
* 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
* 2 ulas bawang putih - dicincang halus
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1 sudu teh kicap cair
* 5 sudu besar minyak masak
* Bawang goreng secukupnya
* cili merah dicincang halus
* sedikit daun bawang yang dicincang halus
* 1 sudu besar kicap manis
* sedikit tauge, karot

Cara Menyediakan:-
1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.



Anak-anak murid,,,meh makan tauhu kukus !!! hehe


7 ulasan:

Kerull berkata...

Salam CK... wei terliur aku nengok tahu kukus ko ni..aku pun nak diet gak ni..bak le sikit

Kak Sam berkata...

CK cam best je.

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak CK...Saya pun suke makan tauhu kukus cenggini...len kali boleh cuba juga versi ni

Nuwairani berkata...

aiyooo....kuahnya melimpah2....lagi sedap mcm tu...nani dh buat stok 2 ketul lagi tauhu lembut ni..hihih...pasni nak buat lagi....

quinnie berkata...

dah lama betul tak makan tauhu masak cam ni...menu sihat nih..hehhe

Yana Shaiful berkata...

Salam CK..yana dh terliur kat umah Nani ari tu tgk tauge yg bertaburan..ari ni kat sini pula ada..mkin terliur sudah..tgu wiken ni br nak p cari tauhu :=)

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
sedapnya tgk tauhu kukus nie.. terliur tgk... mmg fav sejak kecil lg nie.. sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...