Rabu, 30 Mac 2011

Bingka Cempedak

Salam...

Dua tiga menjak ni kecoh benar geng masak-masak buat bingka. Aku panggil 'kuih bakar' ler. Ada bermacam2 jenis bingka, seperti bingka keledek, bingka kentang, dan juga bingka pandan. Dan yang terbaru kuih bingka labu. Fuh..mmg glamour kuih ni..sana sini orang dok buat. Lepas tu kak Azian plak tunjuk kuih bingka sukun. Huh..mmg bermacam2 jenis kuih bingka ni.

Dan hari ini...tadaaaa...satu lagi kuih bingka...ini dia...KUIH BINGKA CEMPEDAK


 BAHAN-BAHAN
2 1/2 cawan isi cempedak masak- blender halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
sedikit marjerine & secubit garam
sedikit pewarna kuning (utk naikkan warna)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Sapukan sedikit marjerine di permukaan acuan bingka dan letakkan di atas api yang kecil.
2. Satukan semua bahan kecuali marjerine dan kisar hingga halus /sebati.
3. Tuang ke dalam acuan yang panas dan taburkan sedkit marjerine di permukaan adunan bingka.
4. Tutup dengan penutup bingka dan teruskan masak selama lebih kurang 1 jam atau permukaan mula garing dengan api yang betul-betul perlahan.
5. Sejukkan sehingga benar-benar sejuk baru di keluarkan dari acuan dan boleh di potong.

Nak rasa? meh laa...bau cempedak mengharum di seluruh rumah !!!

Sebenarnya, kuih bingka ni boleh dipelbagaikan. Skang ni kan musim durian, so bolehlah buat bingka durian. Lain-lain buahan tempatan yang sesuai dibuat bingka - nangka, keladi, ...ermm...apa lagi buah2 kg yer.... dan kalo korang suka, boleh gak buat bingka western spt bingka stoberi, resberry, cerry dan segala macam lagi...hahaha.....



Ok..sampai sini dulu.... banyak kerja skang ni....

6 corat coret:

mala berkata...

sedapnya bingka cempedak. warna pun cantik :)

anymz berkata...

salam norma
akak nak try jugak bila tiba musim cempedak nanti..tahun ni nampak agak kurang di pokok..kalau tahun yg sudah2 sampai gugur2 cempedak tu tak di pedulikan..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nampak sedap!
tp mana nak carik buah cempedak ni?.. huhu...

Mas berkata...

tak pernah makan lagi...
terserlah ke kak rasa cempedak tu..
nampak sangat sedapp la..

inahar ali berkata...

waduh noorma..yg ni mmg akak pengsaannn tgk sbb akak & cikabe mmg giler cempedak!! menjejes ayaq liuq woo!!!

Diana @ Melley Mey berkata...

akaaak.... aduh!!! terliur sudah nie diana... hehehee... x perna merasa lagi nie.. pasti sedap kan akak.. cempedak pulak tu... fav.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...