Sabtu, 14 Mei 2011

Pulut Bangkok

Salam.... bila nampak jer kuih ni kat rumah Kak Rose, terus teringin, almaklum lah.. aku suka kaler kuih ni.. ada hijau, ada kuning..cantik jer... dh terasa2 kat tekak ni. Hari ni dengan penuh kerajinan aku pun buat ler...

Alamak... Pulut Bangkok dah jadi pulut bengkok la plak. Errmm... gara-gara my Jebat, disuruh beli pisang – memanglah beli, tapi si Pisang Emas yang dibawa pulang. Nak dibawa belayar bersama gamaknyer... Bila ditanya takde pisang tanduk ke? Jawabnyer... tanduk dah diambil oleh kerbau. Nangka dah dibalut kat pokok... Eeee... geram kan....

Errrmmm... apapun, hentam sajalah labu. Janji ada pisang. Kalo takde kang, buah labu plak yang aku letak dalam pulut ni... hahaha


Terima kasih pada kak Rose dan Kak Wan yang sudi berkongsi resipi. Lain kali nk guna pisang nangka atau tanduk ler... kasi cantik dan sedap makan.



Bahan A
500gm beras pulut
300ml air
100ml santan pekat (KARA)
Pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.



Sedap kuih ni. Sesuai untuk minum petang.

8 corat coret:

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak...
wah nmpk sedap ler kuih nie akak...

Mas berkata...

akak..cantik la pulut bangkok tu....
menyelerakan betul...

nonierahman berkata...

cedapnya....

Kak Rose berkata...

ok la tu, cuma rasanya kalau guna pisang emas ni dia lembik sikit payah nak gulung kan...tp yg penting rasa tetap ummmpphhh!

CT Delima berkata...

Assalamulaikum Noorma

a'ah kak ct ada trnampak juga kuih ni. kira first time gak lah tengok kuih ni. bagus lah kan bila ada blog masak2 macam ni, kita dapat banyak ilmu dan dapat resipi baru dari kawan2 lain.

nampak sedap kuih ni noorma, kalau ada pisang tanduk lagi cun kan, sebab pisang tanduk tu besar2 sikit :D insyaAllah boleh cuba lah nanti..

Chempaka Aziz berkata...

dasat...tak yh g bangkok.klu g bangkok pun tk sure dpt mkn ni..hihii..mlm td aku mkn nasi goreng thai..em, semua nk gi bangkok ye!

Uncle Lee berkata...

Hi, Wow! I have never seen, nor heard of this cakes before.
They look delicious.
I think 5 pieces will do me fine, ha ha.
Ada lagi?
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Juwita Jamaludin berkata...

Salam kak.. Pertama kali tgk kuih ni... Nsmpak menarik tentu sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...