Rabu, 4 Mei 2011

Ayam Merah Tomato Home Sweet Home

السلام عليكم

Hari ni masak ayam la plak. Lauk kegemaran anak bujang debab aku - dak Irfan. Kalo masak lauk ni, bertambah-tambah dia makan. Patutnya dia tu nk kena control makan, tp kesian la plak. Sesekali makan lebih, takpe kan.


 Resipi ambik dari rumah Kak Ummi Kuantan. TQ akak. Sedap lauk ni !!!

AYAM MERAH TOMATO
Resepi: Kak Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
* 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
* 2 biji tomato - didadu kecil
* 5 sudu besar sos tomato
* 3 sudu besar sos cili
* 3 sudu besar pes tomato
* 2 sudu besar cuka makan
* 4 sudu besar gula
* 1/4 cawan air
* garam secukup rasa
* minyak secukupnya

Bahan Kisar :-
* 2 labu bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 3 cm halia

Bahan Tumis :-
* 2 batang kulit kayu manis
* 3 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum cengkih

Cara Memasak:-
1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.


Ni brocoli  goreng sos tiram. Lauk sampingan hari ini. Campur dengan tauhu telur.



♥♥♥

3 corat coret:

Mas berkata...

akak..kat rumah mas pun laku kalau masak ayam masak merah ni....
klu ada nasi tomato..lagi bestt kak...he..he..

Ummi berkata...

Assalamualikum Noorma, thanks sudi try resepi sempoiiii akak tuh...sedap eks? Nak rasa gak..hehee..tq cayang..

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak..
nmpk sedap.. akak dah buat dah yer... nnt giliran diana pula .. hehhehe.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...