Selasa, 31 Mei 2011

Cheese Donut

Salam... hari ni buat donut untuk anak2. Kalinya tak guna salutan coklat ataupun gula, sebaliknya letak cheese di dalam donut tu. Satu kelainan, jimat gula dan sihat..hehehe...


Resipi macam donut biasa gak, dan letakkan slice cheese ditengah2. So jadi la bulat2 macam kat gambar atas tu.

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improver
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
cheese secukupnya

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan ambil sedikit, leperkan dan letak cheese. Kemudian bulat2 kan kembali.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas

Keratan rentas donut cheese. Waaa... itulah reaksi anak2 bila aku koyakkan donut ni tadi. Si Ryan pun asyik dok makan cheese dalam tu jer...


6 corat coret:

Chik Mimi berkata...

wah seydapnya tgk cheese tu,kalu akak membina badan ni hehehe

Anna Qawina berkata...

aku nak tggu dkt2 buka sekolah baru nak start mendonat..nak wat stok..hehehe

izahdaut berkata...

wooo cheseeee

Diana @ Melley Mey berkata...

sedaaapnya donut tu akak..

nuwairani ismail berkata...

idea yg menarik! boleh cuba ni!

Nieza berkata...

wahh kat sini pun ada donut gak...sure sedap tu bubuh cheese..menarikla...nanti boleh try:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...