Selasa, 10 Mei 2011

Sambal Tempe

Salam... dh makan? Sudah ler yer, dah pukul 3 ni...

Hari ni masak simple2 jer.. goreng-goreng kata orang malas. Salah satunya ialah sambal tempe ni. Ni kiranya lauk wajib la jugak tiap2 minggu. Opss..kami bukan Jawarian yer... tp dh mmg suka makan tempe.

Kat Pasar Borong ni, tempenya murah. Satu bungkus rm0.50 sen jer.. So sapa yang suka makan tempe, meh beli banyak2 kat pasar borong...hehehe....

Ni resipi yang selalu aku buat. Resipi asal dari Hana. TQ

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
•1 bungkus tempe
•segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
•segenggam kacang tanah goreng
•4-5 sudu besar cili giling
•1/2 biji bawang besar - blend
•2 ulas bwg putih - blend
•seinci belacan
•1 sudu kecil air asam jawa
•garam
•gula melaka

Cara-cara
1.Potong nipis2 tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
2.Tumis cili giling,bwg dan belacan hingga btol2 masak cili tuh.
3.Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4.Kemudian bleh la masukkan tempe,kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. Dah siap bleh la dihidang.
5.SeLaMaT MenCubE....


Ok...sampai sini dulu....nk zzzzzz laaa !!!

5 corat coret:

Mas berkata...

akak..nak sikit sambal tempe tu..
sedappnya tengokkk...

Kak Rose berkata...

walllllah sedapnya... pebret kak rose yg jawa ni...

Anna Qawina berkata...

pst : ku pestime mkn tempe lepas kawen, tupun sbb laki aku ni jawarian..
mggu lps dia blikan tempe..kunun2 nak wat sambal ler..last2 busuk situ jer, aku buang..sibbaik dia tak tanya..lupo kot..shhh...hihi

Wanieyra berkata...

Tak nak cite banyak..ni feberet ira ni, sedap!!!!!

ShashaCatering berkata...

Sedapnya! Saya pun favourite gak tempe ni.

Thanks for sharing ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...