Selasa, 10 Mei 2011

Tepung Pelita Mudah

Alooo... suka makan kuih tepung pelita tak?? kalo orang Kuala Kangsar, kami panggil kuih Limas. Tapi ni versi moden, style orang KL (yg payah nk jumpa daun pisang untuk buat kelongsongnya...huhuhu..sedih kan...)

Kalo kat pasar malam/pasar tani pun payah jumpa kuih ni, melainkan masa bulan Ramadhan. Disebabkan dh terlalu teringin nk makan, so buat gak laa... minggu ni dah 2 kali buat. Kali pertama ari tu tak sempat nk snap gambo, dah ditelan masuk perut oleh anak-anak dan suami.




Nak resipi?? alaa....surf jer la kat tenet ni, sure dapat punyer...hehehe... KEDEKUT? ish..tak laaa... tak baik kedekut ilmu.

Sesapa nk niaga bulan ramadhan ni pun boleh. Resipinya cukup senang. Sukatannya sama jer....  1 bahagian tepung, dan 4 bahagian air. Takyah pening2 kepala.

Bahan-bahan
Lapisan Hijau (bawah)
1 cawan tepung beras
3 helai daun pandan (blender, tapis dan ambik airnya)
4 cawan air (ni termasuklah sukatan air daun pandan )
sedikit kapur makan
4 sudu besar gula (kalo suka boleh tambah/kurangkan)

Lapisan Putih (atas)
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung beras 
1 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
*sukatan santan dan air tetap sama = 4 cawan air (sama dengan lapisan hijau)

Bahan lain
bekas plastik kecil
gula secukupnya

Cara-cara
Gaul sebati bahagian hijau (Aku blender jer sume bahan2 tu) Kacau atas api sederhana hingga pekat. Ketepikan
Untuk bahagian putih juga sama. Sebatikan semua bahan dan kacau atas api hingga pekat
Ambil satu bekas plastik, masukkan 1 sudu kecil gula pasir.
Kemudian, tuangkan 2 sudu besar bahagian hijau (terpulang banyak mana nk letak)
Ratakan
Diikuti dengan 2 sudu besar bahagian putih
Ratakan
Buat sampai habis
Kemudian, kukus selama 15 minit. Sejukkan, dan sedia dinikmati.
Tujuan dikukus- nk cairkan gula yg kita tabur pada dasar acuan tadi.- nanti akan dapat kuih yang berair2 kat bawahnya. Dan selain itu ialah untuk satukan 2 lapisan tu dan permukaan atas  menjadi licin jer setelah dikukus. Jadinya kuih kita nampak cantik ler sikit...

SELAMAT MENCUBA !!!! 


Si Toncet Ryan suka betul makan kuih ni... dari satu bekas ke satu bekas...selagi tak kenyang, mengamuk.

8 corat coret:

mokwonik berkata...

mekasih noorma tak kedekut tempek resepi..mokwo nak salin nih ! nanti bulan posa nak buat!

Sheila Shafeareen berkata...

salam sdp ni bulan posa best tau..time x bulan pos lagi betambah best lg hehehhe rajin nya buat..ada lagi tak nak lima bekas

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak...
nie fav diana nie akak... sedaaapnya.... dah lama x merasa kuih nie... huhuu

Mas berkata...

akak..lama dah mas tak buat tepung pelita...try resepi akak lak la nanti..he..he..

Anna Qawina berkata...

haritu aku beli daun pisang, 1 ikat 80 sen..skali bukak yg bahagian dlm tu banyak berlubang..hapah sungguhle...
bekas ni pun aku beli tp tak buat jugak..heheh

CT Delima berkata...

Assalamulaikum noorma

alahai..sukanya kat tepung pelita ni. kalau dok kampung bole gak dok kait2 daun pisang. memang betul dok KL ni kena beli seikat baru dapat buat. Tapi area rumah kak ct ni dulu pihak pemaju ada tanam kat tepi2 jalan, sonang lah kan cuma nak amik daun tu macam segan pulak sbb comel2 sangat.. hahaha.

Nanti nak buat lah, dok letak dalam daun pandan lagi sedap ni kan noorma :DD

Juwita Jamaludin berkata...

Kak nak tepung pelita... Sedapnya nampak... Terliur dah ni

Zie Noorzail berkata...

Alhamdulillah..at last jumpo resepi yang mudah dibuat...senang dimakan. Thanks for sharing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...