Rabu, 18 Mei 2011

Serimuka Durian

Aloo... jangan muak yer tengok entri berasaskan durian hari ni.. hehehe...

Buat kedua kalinya, buat serimuka durian lagik... ermm.. kiranya sedap lah yer. Kali ni kasi upgrade sikit. Atas permintaan along, dia mintak pulut tu kaler hijau, macam buat pulut bangkok hari tu. So ikut kan jer lah. Dan jadilah warna bendera Kedah !!!

 
Guna resipi yang sama macam dulu, tp pulut tu aku rendam semalaman bersama kisaran air daun pandan. So bau wangi jer lah...


Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam semalaman  bersama jus daun pandan dan sedikit warna hijau
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.


Berseri jer kaler serimuka ni kan... i like !!!

5 corat coret:

Mas berkata...

akak..banyak lagi ke doyan tu....nak sikit..kikiki...
cantik la serimuka tu..
berseri2 jerk nampak..

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
kreatifla kak... suka nengok serimuka durian, bendera kedah tu. terliur... bila la nak beli durian ni. hukhuk..

anymz berkata...

sedapnya norma.yang tak tahan tengok pulut kaler hijau tu..mintak sikit..hehe

zai@umiaiman berkata...

yuppp bendera negeri sy tu...hihi...sedap n cantik dipandangan mata ku, kak..

Wanieyra berkata...

Sedapnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...