Ahad, 8 Mei 2011

Bone Steak

Salam hujung minggu buat semua. Dah masak ke? atau menjamu selera di luar. Sesekali merasa air tangan orang lain pun best gak kan.

Hari ni aku masak bone steak. Skang ni, kalau beli tulang, selain buat sup, mesti buat bone steak ni. My Jebat suka sangat lauk ni, dia makan ngan roti putih.

Irfan pun suka, kengkononnya macam ayam masak merah ler.. sbb ada sos tomato, ada rasa masam manis (dia tu sume lauk berasaskan sos tomato menjadi kesukaan)

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 1 kilo tulang *- cuci bersih
• 3 helai daun pandan*
• 1 btg serai*
• 4 ulas bwg putih* -diketuk
• 1 ibu jari halia* -diketuk
• (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
• 2 sb ketumbar biji*
• 1 sb jintan kasar*
• 3/4 sb jintan halus*
• 1/2 sb lada hitam/putih*
• (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
• 10-15 tangkai cili kering
• 10 ulas bwg merah
• 5 ulas bwh putih
• 1 botol tomato sos
• 2 sb kicap manis
• kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
• 1-2 biji bwg besar - dibelah
• cili hijau - dipotong
• 2 biji telur - di kocok
• Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
• 1/2 cwn bawang goreng
• 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.




Ok...sampai sini dulu. Selamat Menjamu Selera

4 corat coret:

Mas berkata...

akak,..nak join makan sekali..
sedappnya tengok...

norlie berkata...

sedapnya.. makan tengahari ni.. tumpang makan boleh?

Diana @ Melley Mey berkata...

akak... wah tergoda dah nie... nmpk sgt sedap... :)

cikmanggis berkata...

Cm tak pernah masak bone steak ni..insyallah nak cuba gak la..selamat hari ibu norma:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...