Sabtu, 23 Julai 2011

Apam Polkadot dan Kek Pisang Badam

Salam... pagi2 lagi CK dh bangun dan siapkan tempahan rakan sekampus dan sekampung CK, cik Puan NorLida. Dia nk bawa balik kampung suaminya di Bahau, Negeri Sembilan. Yelah dah dekat nk sambut Ramadhan ni, so banyak la kenduri tahlil. Selain apam polkadot, dia juga order 100 biji karipap frozen dari CK. Alhamdulilah..ada jer rezeki walau ada orang yang cuba nk sabotaj bisnes CK sejak akhir2 ni :(

Apam Polkadot inti kacang merah.



Kek Pisang Badam Cendanakasih

Disebabkan dia nk buat kenduri tahlil, so CK sedekah ler sebijik kek Pisang. Abis jer buat apam, terus CK membakar kek. Sambil tu masak2 untuk lunch. Selesai masak, kek pun siap....

Kek Pisang Badam Cendanakasih
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur
* kepingan badam untuk ditabur

Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)


Kek ni bolehlah dibuat untuk makan2 sambil2 potong bawang, goreng karipap tu nanti... hehehe...semoga semuanya berpuas hati dan sudi order lagi :)



10 corat coret:

geraugebang berkata...

kalau nak order apam ni boleh anto ker? kat kota damansara? harganya berapa ek?

Cendana Kasih berkata...

Kak Gerau... oh ala mak aiii...jauhnyer akak gerau oiii..saya ni kampung damansara pun tak pernah jejak, apatahlagi ke kota...hehehe.... harga rm25 untuk 100 bijik . Ada pelbagai filling-kelapa, kacang merah, kaya, stoberi, dll.

duniaku ena berkata...

kak..sy pun nk order biskut utk raya leh x?

Aida Azryn berkata...

wah. thx 4 sharing! ;)

Cendana Kasih berkata...

Duniaku Ena- dik, tahun ni akak tapau sekut tart jer..ada tart nenas, blueberi, stoberi dan kelapa.. satu balang rm22.00 Kalau ambik lebih dari 5 balang akak bagi harga rm20 sebalang.. kalo minat leh sms/call akak 017-3617857

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

dah lama teringin nak makan apam polkadot. tp slalu tak ada waktu nak buat. huhu. btw, kek pisang badam itu nampak sedap sgt.

ibundo berkata...

salam ck,
kalau dekat boleh gak nak oder apam pokaldot tu. nak buat bebanyak ni ada sikit malas hehe..

quinnie berkata...

sedap rupa kek pisang akak tu...saya ni kekpisang buatan sendiri tak berapa nak best kejadiaan rasanya...tengok kek org elok je jadiknya...salam kenal dari saya...:)

Deliah's Deli berkata...

cantik apam polkadot tu..rajin betul..n mmg ck pun cekap di dapur!

zarina berkata...

wah sapa nak sabotaj ko tu..citer la nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...