Khamis, 21 Julai 2011

Manggo Yogurt Muffin

Salam.. petang ni CK buatkan muffin plak untuk anak-anak. Bukan apa, bila hari-hari hidangkan kuih karipap, cucur badak, roti sardin untuk anak2, mulalah diorang komplen. So hari ni buatlah plak mapin kesukaan anak-anak. 


Terima kasih buat Izah Daud atas perkongsian resipi yang cukup lembut dan gebu. Sedap !! anak-anak pun suka.

Bahan-bahan
* 1 cawan tepung
* 1/3 cawan gula
* 1/2 sk soda bikarbonat
* 3/4 sk baking powder
* 1/4sk garam
* 1 biji telur
* 1/2 cawan yogurt natural (CK guna manggo yogurt)
* 1/3 cawan susu segar
* 1/2sk manggo essence
* 1/2sk manggo emulco
* 2 sb butter cair
* 1/2 cawan coklat chip (CK tabur jer)

Cara-cara
1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
2. Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3. Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

8 corat coret:

cik cek berkata...

Sana sini org dok buat mapin...teringin lak kak cek nak buat...yougurt pun ada tu...mesti sedap ni kan...:)

cikmanggis berkata...

salam Ck..lama Cm tak bikin muffin..lama sungguh... bila nampak muffin Ck ni teruja nak buat tapi penduduk tak padat sehari dua ni hehe..kena tunggu hujung minggu la jawabnya:)

izahdaut berkata...

mekasih kak CK sudi try mapin neh. saya pun suke lembutt je. kalau togurt perasa lagi sedap ni kan... makan panas2 tu fuhhh diet kelaut gak tu. hehee

anymz berkata...

mmg seronok memapin skang ni kan norma.buat makanan tambahan anak2 di masa senggang..dari makan junk food lebih baik makan mapin buatan sendiri kan?

nuwairani ismail berkata...

muffin kalau guna yogurt memang sedap! tidak dinafikan lagi!

Anna Qawina berkata...

aku nak wat gakla..yogurt tak bukak lg ni haa..

Sue @ Nenie berkata...

Salam..sedapnya tgk mapin ni....

inahar ali berkata...

huwaaaa ada mapin gebuss kt sini..ada belen lg x?? nk gaaaaakk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...