Ahad, 10 Julai 2011

Kuih Rengas Durian (kuih kacang/kasturi)

Salam Ahad buat semua.

Aloo... skang ni musim durian kan..so bermulalah resipi berasaskan durian..woooo..bestnyer !!! boleh buat pengat durian, serimuka durian, muffin durian dan macam2 lagik.

Semalam masa siapkan tempahan kuih rengas ni, CK sempat ambik sikit adunan tu dan gaul dengan isi durian. Waaa... tidak mengecewakan. Sedap sangat...suka, suka, suka...tp CK tak brani ler nk buat untuk jual. Kalo diluar musim mana nk cekau plak?? hehehe


Kuih Rengas Durian
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan A

* 2 cawan kacang hijau (direbus dulu sampai kembang dan toskan airnya)
* 1 cawan gula (ikut manis)
* 1 cawan isi durian (sukati ler nk letak banyak mana)
* 1 cawan kelapa parut
* 1/2 cawan tepung gandum

Bahan untuk adunan tepung:
* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu besar air kapur
* 1/4 cawan gula
* 1 sudu besar margerin atau butter
* 1 sudu kecil pewarna kuning
* 1/2 cawan air (agak2 ler)

Cara-cara

-Gaul rata semua bahan2 A, kemudian ambil sedikit, bulat-bulatkan dan kemudian tekan sedikit untuk leperkan.
-Bancuh adunan tepung, sama macam nk buat adunan goreng pisang
-Panaskan minyak dalam kuali.
- Ambil adunan kacang tadi, dan celup ke dalam adunan tepung.
-Goreng hingga kekuningan.
-Siap..


Ok...sampai sini dulu. CK nk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara sbb si Along ada sukan. Pepagi lagi dia dah pegi ngan Jebat. Tak sabo2 nk berlari...hehehe....

2 ulasan:

Chempaka Aziz berkata...

bab durian ni aku mmg tak buat kuih pun.sejak laki aku blaik,selang sari kita org bantai doyan.ni laki aku dh balik,nmpknya slow skit lah mkn.dh tak ada kwn ...suara pun dh lain mcm ni

Deliah's Deli berkata...

hr tu tgk mas bt,teringin..tgk ck bt teringin gak..tp blm bt2 lg...huhu :((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...