Kek Durian Cendanakasih
Salam Isnin...bermula lagi minggu yang baru. Minggu terakhir untuk kita makan-makan diwaktu siang sebelum menyambut Ramadhan....hehehe....
Semalam CK buat kek durian untuk kawan yang datang ke rumah. Ala..siapa lagi kalo bukan cikgu Wati (dia jer yang dekat) Ni cubaan pertama buat kek durian dari resipi CK sendiri. Alhamdulillah kek gebu, lembut dan ringan. Takdelah bantat atau jadi macam bingka.
Semerbak bau durian bila kek ni dh masak dan dihidangkan. Namun rasanya tidaklah manis sangat(ala2 manis-manis buah gitu)
KEK DURIAN CENDANAKASIH
sumber: cendanakasih
Bahan-bahan :
Bahan A
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
* 1 cawan isi durian
* 1/2 cawan minyak jagung/masak
*1/4 cawan susu segar/cair
Bahan Lain
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/durian emulco
* kepingan badam untuk ditabur(kalo suka)
* sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan Bahan B dalam blender dan blend sampai halus.
* Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam adunan kuning telur yang dipukul. Gaul rata
*Masukkan ovallet,esen vanila dan pewarna kuning diikuti dengan tepung sedikit demi sedikit
* Masukkan pula putih telur tadi, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
dengan menggunakan spatula
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)
Cuba yer kengkawan. Sure tak jadi bingka punyer !!!
Inilah sebabnya mengapa CK suka beli durian banyak-banyak dan simpan isinya dalam freezer. Sebabnya CK suka buat kuih-kuih berasaskan durian daripada makan durian mentah. Huhh...minggu ni CK nk beli lagi durian kat pasar malam. Boleh simpan stok sementara tunggu musim durian akan datang...hehehe


Ulasan