Isnin, 18 Julai 2011

Roti Sardin

Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Ni satu lagi produk CK Frozen Food, Roti Sardin. Best Selling gak ni. Ada jer orang order... dan kebetulan hari ni siapkan tempahan sorang customer ni, so CK buat lebih. So ada ler mende nk di gigit oleh budak2 tu petang2 gini (anak2 CK ni dah banyak songeh, kalo asyik makan karipap, cucur badak jer..mesti komplen..ala mama ni, takde kuih lain ke, ni kuih untuk jual...ermmm....)




Bahan-bahan
Roti sandwich secukupnya
Sardine (satu tin diasingkan sos dan isinya)
Bawang besar (dipotong bulat)
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Lada kecil (jika suka pedas)
Asam jawa – perah bersama air dan buang bijinya

Cara-cara
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwitch hendaklah dilenyekkan dengan gelas atau penguli…
2. Kisar lada kering, bawang merah (2-3), bawang putih (2-3) dengan sedikit air hingga hancur…
3. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar. Setelah pecah minyak masukkan isi sardine tersebut serta bawang besar dan lada kecil (jika perlu). Masukkan sedikit sos sardine serta sedikit air asam jawa. Pastikan kuah tidak terlalu cair.
4. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
5. Kemudian gorengkan dengan minyak yang banyak (deep fry). Boleh juga disalut telur dan golek dalam breadcrumb/cornflakes/oat sebelum menggoreng.

Ada yang nk rasa tp malas nk buat sendiri? meh order ngan CK..hehehe

Ni ler rupanyer sardin roll yang dalam bungkusan. Satu bungkus ada 7 batang.  Harga rm3.50 sebungkus. Ambik 3 bungkus =rm10.00

11 corat coret:

cheqna berkata...

beshnya...
kena plak ngan air teh o...=)

Amie berkata...

anak2 memang suka roti sardin begini, warna serbuk rotinya itulah yang menjadikannya cantik & menarik....

ZaRisMa................Hannover, Germany berkata...

Nak tanyalah CK...Sebelum freeze tu goreng setengah masak ke dulu? TQ

Cendana Kasih berkata...

Zarisma - tak goreng..terus masuk dalam freezer dan bekukan..

Nieza berkata...

wahh sedap tu..simple dan sedap..sekrng dh byk kan frozen food memudahkan bg ibu yg bekerja...:)

mala berkata...

salam ck - nanti check email, nak order acar. tq

Cendana Kasih berkata...

Yer cik Mala..saya dh terima sms semalam... Tq...sblm 29hb saya hantar yer.. (hari biasa la kot..sebelah petang/malam..nanti tinggalkan tipon nombor dan alamat yer..

ani berkata...

mcm mana nak order ni? cendana kasih ni ada kat mana?

ZaRisMa................Hannover, Germany berkata...

TQ CK....Moga berjaya dalam bisness...Selain berniaga dpt gak membantu ibu2 yg sibuk...

Cendana Kasih berkata...

Ani- saya kat Sri Kembangan...

Rashidah Ismail berkata...

CK, terima kasih atas resepi..berapa lama dia tahan dalam frozen? tkasih CK..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...