Selasa, 26 Oktober 2010

Asam Pedas Daging

Salam semua... hari ni ber'asam pedas ler plak. Dah lama jugak tak masak lauk ni. Sejak dua menjak ni mmg takde mood nk masak, apatah lagi buat kuih, muffin dan seumpamanya. Sebabnyer..si Ryan tu takleh nk berenggang sikit pun. Masak lauk ni pun masa dia tido. Bila dia bangun, kena mengadap muka dia jer..kalo tak...uaaaa....melalak !!! rimas dibuatnya. Nak blogwalking pun payah ! Melainkan kalo ada abang dan kakak dia..sbb ada orang jaga. Idak ler dia merengek.


Bahan-bahan
½ kilo daging (dihiris nipis)
2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kesum
1 tangkai daun limau purut
1 liter air sejuk
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
5 biji cili padi
2 biji buah keras
5 biji cili kering
2 cm belacan

Cara-cara
Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa.
Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
Kemudian masukkan daun kesum.
Angkat dan hidangkan.

Lauk tambahan- ikan kayu masak taucu.Rencahkan dengan timun. Untuk anak2 kalo diorang tak suka makan asam pedas tu. Tapi rasanya si along takde masalah makan asam pedas sbb mmg paberet dia. Si Irfan tu ler..banyak songeh.

2 corat coret:

indahhouse berkata...

salam kak noorma,
sedapnya asam pedas daging... tak tahanla nengok. dahla kita kehabisan daging. huhu... bertambah2 nasi jawabnya ada asam pedas :D

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Noorma...sedapnya,cam terasa2 masam2,pedas2 bila tgk asam pedas nih!tukar ngan pucuk paku..boleh????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...