Selasa, 26 Oktober 2010

Muffin Cempedak

Cuaca kat kawasan rumah aku ni suram jer, mungkin nk ujan kot jap lagi. Dan...dikala cuaca mendung ni, aku semarakkan kawasan rumah aku ni dengan bau muffin cempedak aku ni..kehkehkeh....(minggu lepas cekodok cempedak, minggu ni muffin cempedak plaks)

Sebaik saja Irfan balik jer dari tadika, aku pun keluarkan mixer dan buat muffin cempedak ni. Untuk minum petang la kononnya. Tapi sebaik saja keluar dari oven, si Irfan dah telan 5 biji (termasuk aku ngan Ryan ler..)


Kredit to Kak Fida ... memang marbeles la muffin ni. Bau bukan saja satu rumah tapi satu taman. Mujur jiran sebelah aku ni (cina) dh pindah. Kalo idak, tentu bebudak tu tanya.."untie, ini hari masak kek?" hehehe....

Bahan-bahan ( 20-30 biji )
250 g mentega
180 g gula kastor/halus
2 biji telur
1 sk esen vanilla
250 g Top flour * (akak guna tpg gandum)
1 sk baking powder*
1/2 sk bicarbonate soda*
1/8 sk garam halus* - (ayak bahan2 bertanda*)
100 ml susu cair
120 ml susu segar
300 g puri cempedak
100 g badam cincang - dipanggang sebentar

TOPPING :-  (aku tak letak puri cempedak pun, just badam cincang jer)
secukup puri cempedak
secukup badam cincang

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur dan esen dan pukul terus hingga sebati.
2.Masukkan campuran tepung dan pukul perlahan.
3.Masukkan pula kedua2 susu dan pukul perlahan hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan pula puri cempedak dan badam cincang dan gaul hingga sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh dan bubuh sedikit topping diatasnya.Buat hingga habis dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 165C selama 25 min. atau bergantung pd kepanasan oven masing2.
6.Adunan boleh juga dibubuh ke dalam papercups dan bakar.
7.Sejukkan muffin diatas redai sebelum disajikan.


Muffin ni memang gebu, lembut dan harum. Rugi sapa tak cuba. Lain kali boleh buat lagi. Mungkin puri cempedak ni boleh ditukarkan dengan durian atau mangga. Kak Fida, jangan marah yer !! hehehe

3 corat coret:

anymz berkata...

nak tunggu cempedak kat luar pagar ni masak dulu.resepi ni masuk list lah.cam best je tu..ni kita dtg bawak banana crumble..sedap nih,,share2 lah makan tu ya

azian berkata...

mah...tunggguuuu....akak dtg nak rasa muffin cempedak tuuuu.....

Deliah's Deli berkata...

salam noorma...jeles tgk muffin dia ade rase cmpedak plak tuh..ni mesti mau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...