Khamis, 4 Februari 2010

Tauhu Berlada

Alhamdulillah, aku dh siap masak...tak payah dok memikir lagi. Malam tadi tido awal, sebab kalau hari rabu, rancangan kat tv takde yg best, so bangun pagi ni energetik la sikit. Hubby plak dh siap buatkan mee goreng. Rasanya? eeemmm....boleh lah tahan... (jangan marah yer abang!! skang ni sebelum balik umah, dia mesti bukak blog aku ni, misi klik2 nuff, so mesti dia baca entri ni.. abang, cepat balik yer..ayang dh siap masak ni... )


Bahan-bahan
-2 keping tauhu-digoreng dahulu
-5 biji cili padi (kalo suka pedas boleh lebihkan)
-1 biji cili hijau
-1 biji bawang besar-dihiris
-sedikit ikan bilis
-minyak masak secukupnya

Cara-cara
-Panaskan kuali dan masukkan minyak.
-Cili padi,cili hijau dan ikan bilis digoreng dahulu hingga layu dan wangi.
-Toskan, dan biar lebihan minyak dalam kuali
-Masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
-Tumis bawang merah yang dipotong kemudian masukkan cili yang ditumbuk tadi. Goreng hingga masak.
-Letak serbuk perasa dan garam.
-Siap dan boleh disiram atas tauhu yang digoreng tadi.

Sedap dimakan dengan nasi panas


Ni lauk2 sampingan untuk hari ini. Setiap orang ada lauk masing2, kalo tak ada yang merajuk nanti.

Fatt Choi Goreng dengan Daging Cincang. Ni lauk untuk makyung yang tak boleh makan pedas.

Asam Pedas Ikan (request dr hubby, buat sekor jer, khas untuk dia )

Daging Goreng Kunyit, untuk anak-anak.






2 ulasan:

Unknown berkata...

salam noorma.

bagusnya suami dia dah masakkan mee goreng. suami kakchik hanya tahu tanak nasi je.
w/pun kakchik tak suka tauhu tp tengok gambar tauhu noorma tu mcm sedap. tapi yg kakchik plg suka ialah asam pedas tu, lama betul tak masak asam pedas kat rmh ni.

ehem, ada juga misi klik2 suami isteri ya

Cendana Kasih berkata...

Kak chik-suami saya mmg pandai masak, tp skang ni dh agak malas,sbb saya slalu komen benda2 yg dia masak.Yelah, disuruh goreng sayur, diletaknya air dekat sebaldi dalam masakan tu, goreng ikan sampai itam, mana saya tak marah, pas tu diletak pulak sume benda2 merepek, spt time, oregano dll...tu yg saya slalu membebel kat dia tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...