Khamis, 4 Februari 2010

Cekodok Pisang

Panas giler skang ni. Nk tido pun berpeluh2, walopun dh guling2 atas lantai... takleh jadi ni, perut la mcm berbunyi2, sapa yg bunyi, perut yg lapo atau baby yg merengek?? wakahkahkah.....
Ini minum petang hari ini. Cekodok pisang. Berbau sampai umah korang tak??? he,he....



Bahan-bahan
-3 biji pisang masak (guna pisang montel)
-1/2 cawan kelapa parut
-1/2 cawan tepung gandum (ikut kepekatan)
-5 sudu besar gula (boleh lebih/kukrangkan ikut tekak masing2)
-soda bicarbonat (secubit jer)
-baking powder (pun secubit)
Cara-cara
-Pisang dilecek hingga halus kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
-Kacau rata
-Panaskan minyak, dan bolehlah digoreng adunan tadi. Aku jemput pakai tangan jer..guna sudu pun boleh.


1 ulasan:

Azian Nd berkata...

Kuatnya bau cekodok dibawa angin kencang nak hujan nih.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...