Sabtu, 6 Februari 2010

Kari Sardin

Buat kari plak untuk lunch hari ni. Lama dh tak makan kari sardin. Kali ni buat tong besar plak. Baru puas makan. Petang nanti boleh cicah lempeng kelapa.



Bahan-bahan
-Ikan Sardin (4 ketul)
-Ubi Kentang - dipotong kasar (3 biji)
-Serbuk Kari Ikan (3 sudu besar)
-Bawang Besar (1 biji)
-Bawang Putih (2 ulas)
-Bawang Merah (3 ulas)
-Daun Kari (2 tangkai)
-Asam Jawa (2 sudu besar)
-Air (secukupnya)
-Minyak (sedikit)
-Garam dan perasa (sedikit)

Cara-cara
-Tumbuk hancur bawang putih dan bawang merah.
-Potong kasar bawang besar.
-Tumis bawang yang ditumbuk, bawang besar, dan daun kari hingga wangi.
-Masukkan serbuk kari dan air. Biar mereneh dan pecah minyak.
-Masukkan kentang, air, dan garam. Masak hingga kentang empuk.
-Masukkan air asam jawa dan sardin. Biar hingga mendidih dan sebati.


Telur goreng mata kerbau. Ada lagi tak abis masak tu.. aku berenti rehat jap...letih la..tak boleh berdiri lama2, kaki dh bengkak !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...