Selasa, 16 Februari 2010

Donut

Hari ni buat donut untuk breakfast. Lama dh tak buat donut ni. Kali ni uli pakai tangan jer. Malas plak nk suruh assistant tu uli. Lama beno dia buat kerja..kang anak2 mulalah merengek, lapo, lapo.....


Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improverlist
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
gula halus untuk menyalut donut

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula



p/s: Hari ni aku dh sihat sikit. Cadang nk pegi beli stok barang umah kat Tesco. Manalah tau, dibuatnyer ter'bersalin awal la plak, mak mertua aku datang, kang bising plak orang tua tu, itu takde ini takde....kalo stok sume dh penuh, senang sikit ati. Dari hari ini, bermulalah sesi mengemas umah, tukar langsir, cadang, pasang baby caourt, kemas bilik tetamu dll. Tp bukanlah aku yang buat sume keje tu...Hang Jebat ler.....




2 corat coret:

kakchik berkata...

salam noorma.
dalam keadaan sarat menanti masa pun sempat lagi dia buat donat. insyaAllah dapat ganjaran banyak dari Allah.
noorma dah ok ke? harap2 takde gangguan apa-apa dah. biar tenang dan gembira hingga bersalin nanti.
jaga diri ya.

Noorma berkata...

alhamdullillah dh sihat sikit...bila dh balik umah, kenalah masuk dapur..buat itu ini untuk anak2...TQ kakchik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...