Sabtu, 6 Februari 2010

Slice Cheese Puff

Breakfast pagi ni. Mencari kelainan dalam buat puff. Kali ni aku letak slice cheese plak. Kononnya menggantikan cream cheese laa...malas plak nk putar dan adun cream cheese ngan bahan2 lain. Ni kira short cut laaa.....


Bahan-bahan
-2 kulit pastri puff
-2 keping slice cheese
-sedikit gula pasir
-sedikit serbuk kulit kayu manis
-badan hancur
-telur-dipukul untuk melekatkan kulit puff dan glis

Cara-cara
-ambik satu kulit puff dan letak slice cheese. Tabur gula dan sedikit serbuk kayu manis.
-Gamkan kulit pastri tadi ngan telur yg dipukul
-Lipat 2 kulit pastri tu.
-Gliskan dengan telur dan tabur badan hancur.
-Panaskan oven dan bolehlah dibakar sampai kekuningan.

Senang jer kan...sedap dimakan panas-panas.


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...