Khamis, 15 November 2012

Talam Roti Lapis Coklat

Salam Maal Hijrah

Hari ni CK hidangkan kuih plak yer... inilah dia Talam Roti Lapis Coklat yang CK nampak dari rumah kak Sheila beberapa hari lepas.  Dan disebabkan ada plak roti yang dipandang sepi, baik la buat kuih ni


Talam Roti Lapis Coklat
Resepi : Kak Wan
Sumber : Kak Sheila

Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tepung ubi
1 sudu teh coklat emulco
Loyang

Cara-cara :
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak


Ok... meh kita suruh juru masterchef rasa yer...sapa lagi kalo bukan chef Jebat

Jebat: apa nama kuih ni? (setelah masuk dalam mulut )...dari riaknyer macam tak sedap jer...

CK : ermmm...kalo tak sedap jangan makan...pegi depan (kat meja makan dapur)

Jebat : macam ni nk masuk masterchef, tanya sikit jer dah marah. Kalo cenggini gayanya, episod pertama lagi dah kena keluar...

HAHAHAHA....

Errmm...pada pendapat CK, kuih ni rasanya ok, cuma sukatan gulanya sebanyak 50gm tu membuatkan kuih ni menjadi sedikit tawar (bagi tekak kami sekeluarga laa...) Kalau ditambah lagi sedikit gula, mungkin akan lebih sedap.


Ok...sampai sini dulu.


1 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam CK
isshhh he he sedap tu kita tgk ni pun meleleh airliur je
dah pasang angan2 nak buat talam roti ni tau..kena tambah gula sikit ekk
sama la kita pun kalu kuih talam elok manis sikt tp bukan over manis tu he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...