Ahad, 1 Februari 2009

Um Reunion Potluck Party

Petang semalam,kami mengadakan parti potluck untuk rakan-rakan Um. Rancangan dh lama diaturkan tapi masing2 sibuk dengan tugas dan kerjaya. Lainlah aku, blogger tegar 24jam kat umah..he,he,he...

Pada mulanya kami bercadang nk adakan parti tu kat Tasik Perdana, tapi keadaan cuaca sekarang ni asyik hujan jer, so ada la back up plak, kemudian rancangan plak kat rumah Wati.

Bincang lagi, akhirnya nk buat jugak kat Tasik Perdana,tp dalam perjalanan nk pergi tu, hujan turun mencurah-curah, takkan nk pegi Tasik Perdana jugak, kang ada yang berenang dalam tasik tu....

So, aku ambik keputusan pantas (masa tu aku kat Jalan Kelang Lama) buat jerlah kat Dataran Sastera Um, kembali ke kampus kami .... Hari Ahad begini memang tak ramai orang, so bolehlah berkelah kat situ. Sume setuju..

Tiba di Um, hujan masih turun lagi, Zarina pun sampai, sementara yg lain masih on d way. Kami cari tempat, memang tak ramai orang...lepak kat dataran sastera kejap.Sambil letak, tiba-tiba terbaca plak notis yg tertampal kat situ. TIDAK DIBENARKAN MAKAN DAN MINUM DI KAWASAN DATARAN SASTERA Alamak..macam mana ni...yelah, kami dh lama tak masuk ke kampus, tak kan sesekali masuk nk langgar peraturan plak.... nampak plak Pak Guard asyik ronda jer..lagi gabra....

Tak lama kemudian, Lida pun sampai. Sembang sekejap, tak lama lepas tu Siti Suhaida (Ida) dan ahli keluarganya tiba.

Hafiz (suami Ida) ronda2 sekeliling dan bgtau yang kat Siswarama takde orang. So kami berpindah la ke Akademi Pengajian Melayu dan berparti kat sana. Alhamdulillah, sume berjalan dengan lancar....




Disinilah tempat kami belajar 12 tahun lalu

Bangunan Canseleri, kat sini sapa yg kena saman, hilang kad matriks ke, pegi kat sini la..

Dewan Tunku Canselor, kat sinilah kami terima degree masing-masing. (kete avanza hitam kat belakang tu kete si Ida)






Oklah... kat sini ada beberapa gambar untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan yg tak dapat hadir...best tau korang...kembali ke kampus...tp kampus kita dh banyak berubah....


Rozlan tiba dengan bini nombor 2 nyer...he,he,he... tercapai jugak hasrat dia nk beli moto tu

Antara hidangan pada petang itu. Lida bawak speggetti, Ida bawak mee goreng(sedap..udang besar2 kat dalam mee tuh)dan pau inti kelapa, zarina dengan bekalan buah dan airnya, wati plak dengan jagung rebus, kacang goreng dan air. Tapi sume bawak minuman berkarbonat. Macam berjanji plak....


Zarina dh merasmikan air. Mestilah dahaga, dia orang pertama sampai. Tunggu kawan-kawan yg lain sampai..mesti haus

Acara makan-makan tak mula lagi. Tunggu sume sampai dulu. Sambil tu makan kacang goreng. Sapa nk baca doa ni? Yg baju biru kat belakang tu suami Lida


Apa yg si mak labu Lida bualkan tu? Amboi Zarina, menimang anak si Lida, ada bakat! yang pegang bola hijau tu anak sulung Wati (untuk pengetahuan korang buat masa ni Lida mengandung 8 bulan dan Ida plak 5 bulan)



Acara makan dh start. Wati mendukung anak keciknya yg baru berumur 3 bulan

Yg baju pink tu anak Ida, dan budak2 yg baju hijau tu anak aku ler.... Hah..ambik ler Lan apa yg ko rasa nk makan. Selalu tu ko asyik request kat blog aku jer

Jemput makan sume, jangan malu-malu


Rambut panjang mengurai macam maknya....siapa lagi, anak Ida lah.. Sakinah



Amboi... apa yg disembangkan oleh anak sulung Lida tu? beria-ia anak aku mendengarnya


Syahrul (laki si Wati) mendukung anak keciknya.Maknya sibuk bersembang... sini banyak nyamuk la plak.


Aktiviti menapau oleh kengkawan.... hari dh petang, hujan pun dh reda


Lepas makan, mestilah kena bersihkan semula tempat tu.


Donut ala-ala donkin donut, hasil buatanku


kebetulan betik kat belakang umah masak ranum, apa lagi, petik dan potonglah. Masuk dalam tupperware. Boleh semua merasa


Macaroni goreng.


Jagung rebus dibeli oleh Wati. Panas lagi, sedap kena time ujan2


Ok..sampai sini dulu....Oh ya, parti seterusnya akan diadakan pada 3.5.09 bertempat di Kawasan Rehat dan Reakriasi Hulu Langat. Kalau tak jadi kat sana, kat Semenyih, sebab kaum lelaki ni nk memancing.
Tarikh 3.5.09 tu telah dibincang dan dipersetujui semua memandangkan masa tu Lida baru lepas pantang dan Ida plak masih mengandung 8 bulan. So takleh g jauh2 takut emergency kes.
Oklah...jumpa di sana!!! Insyaalah....
*Untuk Nisya, Wan, Zamri, Noraini Syahida dan bekas rakan-rakan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya serta rakan dr Fakulti Sastera dan Sains Sosial sessi 96/97, semoga kita berjumpa di parti yg akan datang ini....
Bye.....




9 ulasan:

Fiza Nordin berkata...

wah syiok eh dapat jumpe kgkawan...smalam kite pu ade port luck & BBQ kat umah kawan.dia dok kondo ade swimming poll so dapatlah anak2 mandi2 sambil mak2nye menyembang.bapak2 nye pulak membako ayam.besh!

Tanpa Nama berkata...

best plak tgk gambar kt um ni kak. sy pun ex student um jugak..he..he.. time masuk p.guard x tny ke nk g mana ramai2 tu??

Tanpa Nama berkata...

Fiza, party kami kali ni kecik jer, tak sebesar fiza, nampak party fiza grand sungguh .... bila nk wat lagi?

Aznitaz, ex student um gak ker? tahun brapa? pak guard memang ada jer ronda semalam tu, tp diaorang tak tanya kami pun...agh lantak la...kalo dia tanya, cakap jer party jabatan, he,he,he

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Tetiba jer aku rasa gambar aku tak sehensem 1o tahun yang lalu!!! hehehee... welldone, noorma...len kali buat aku janji bawa bini no 1.

Tanpa Nama berkata...

He,he,he..hensome ke 10 tahun dulu...yelah kan, kalo tak hensome takkan junior minat ye tak??? he,he,he...lain kali bawak bini ngan anak2 ko skali, kami pun nk berkenalan gak dengan junior ko tu...

Nor UM berkata...

Lama tak jumpa korang. Masa tu aku kena pegi Kuantan la pulak. Compulsory! Tp aku ada jgk pegi UM kalau ada seminar @ pegi kedai buku. Sambil2 tu nostalgia la jgk

mar berkata...

akak blaja nak jadi reporter ke dulu..ehehe

Cendana Kasih berkata...

Siti- yerlah tu..akak amik Mass Comm..sume belajar..daripda penulisan kewartawanan sampailah Perhubungan Awam..tp kini jadi penulis blog jer lah.. huhuhu... haa...ada satu lagi profession- tukang masak..hehehe...

mar berkata...

laa ye ke..patutla akak pandai menulis...tulisan akak klu baca sekali mesti nak baca lg dan seterusnya...tak jemu..klu akak jd wartawan, mesti meletup2 sok kabar tu kak...gaya tulisan akak mcm ada suatu tarikan dan nmpak penuh kejujuran....jd penulis blog pun takpe,at least berguna gak ilmu yg dipelajari dulu...hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...