Ahad, 22 Februari 2009

Cekodok ubi kayu@ Isabella

Ni minum petang hari ni. Ada yang panggil ubi kayu ketuk, tp kalo kat area cheras ni, diaorang panggil ni kuih Isabella (mak mertua aku ler yg cakap) ..tp aku panggil cekodok ubi kayu jer...

bahan-bahan
>ubi kayu-direbus hingga empuk dan dilenyek sedikit
>kelapa parut
>gula
>secubit garam
>tepung beras
>air kapur

Cara-cara
1.Ubi kayu yg dilennyek tadi, digaul dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Ambil sedikit dan kepal-kepal jadi bentuk bola
2.Bancuh tepung beras dengan sedikit air dan garam. Boleh tambah air kapur (sama macam nk buat butter untuk pisang goreng)
3.Panaskan minyak dalam kuali.
4.Ambil sebiji bola tadi, dan celup ke dalam tepung. Goreng hingga keperangan, dan bolehlah diangkat....

2 corat coret:

nuryah berkata...

erm sedap ni..selalu klu beli mesti terlebih manis :(.Nak buat sendiri tak pandai hehe

Salak berkata...

Ribuan terima kasih atas recipe ini.

Saya dah makan, dah rasa kuih ni - sangat sedap semasa di Bukit Gantang bulan Mac lalu. Menjempainya di tepi jalan kat Taiping. Kali kedua jumpa lagi kat Simpang. Balik ke Sarawak mengidam kuih ni dan sedang memikirkan nak cuba sendiri.

Syukurlah ada recipe Saudari. Nanti cuba dan bagi tau macam mana jadinya.

Yang Saudari buat sangat kemas dan halus hasilnya. Yang saya jumpa agak kasar sikit tapi sangat rangup dan sedap. Saya jangka kerana lemak, manis dan masin dalam sukatan yang sesuai. Masaalah penjual luar, tak ambil berat tentang minyak yang telah digunakan terlalu banyak kali. Ini saya kena di Simpang - rasanya tercelar oleh minyak lama. Sebenarnya minyak macam ni tak sihat bagi kita.

Ada gambar yang saya ambil semasa di Taiping dan boleh dilihat disini

http://picasaweb.google.com/Salakkan/Kuih#5312592151982997746Terima kasih sekali lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...