Khamis, 12 Februari 2009

Nasi Goreng Tomyam

Inilah menu untuk lunch ari ni.. hai..bilalah aku boleh MC dr memasak ni... walaupun tak masak nasi putih dan lauk2 tp tetap kena masak jugak.... apa boleh buat kan.. sume perut kat umah ni mesti diisi... Takkan ler tengahari buta ni nk g makan kat luar... bukan tak boleh..tp nampak beno ler pemalas nyer bini si Syahrudin ni kan..kan...

Resepi didatangkan nun jauh dari negara matahari terbit...Arigato Hana.... (sori Hana, kopipes dr MYR)

Bahan-bahan ( 4 orang )
>2 mangkuk nasi
>5-6 ekor udang segar
>1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
>200g daging ayam - potong kecil2
>4 biji bawang merah - hiris
>2 biji bawang putih - ketuk
>3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
>1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
>kubis - hiris kecil2
>carrot - hiris memanjang
>tomato - potong dadu
>1 batang serai - ketuk
>3 helai daun limau purut - racik2
>1 biji telur
>garam

Cara-cara
1.Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2.Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
3.Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
4.Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
6.Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
7.Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
SeLaMaT MenCuBe

3 ulasan:

Unknown berkata...

nasi goreng apa pun memang kakchik tergodanya. entah bila nak try buat ni. insya-Allah lusa la kot. esok tak sempat, pepagi buta dah kena ke OUM.
isyk, dah makan nasi dah ni tapi terliur jugak.

Tanpa Nama berkata...

laaaa..kak chik ni..mcm tak tau, kalo berjalan ke blog kengkawan ni, memang sentiasa terliur, tambah plak ke rumah Hana jepun tu, tengok gambar jer boleh lapar..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Dalam senyap, dan ko agaknya tak pernah sedar...hahaha, aku selalu saja mampir mencuri harum masakan dari 'dapur' ko ni. Bilalah dapat lagi merasa.

Kadang2 memasak juga mahukan sentuhan seni. Dan ko ada bakat tu. Aku hanya paling berseni ialah MAKAN! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...