Selasa, 10 Februari 2009

Kari Nasi Kandar

Lauk hari ini. Kari Daging ala nasi kandar. Kalo makan kat kedai mamak pun, memamg ambil lauk ni...
Buat dengan daging lembu jer, tp kalo daging kambing lagi umph...


Bahan-bahan
1 kg daging lembu (dihiris sederhana nipis)
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
2 biji tomato
2 biji cili hijau
2 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
2 batang serai
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
2 cawan air
garam, perasa

Cara
Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus menggunakan 2 cawan air dan digaulkan bersama dengan serbuk kari daging.
Panaskan minyak dalam periuk dan setelah minyak panas, masukkan daun kari yang telah dilurut.
Masukkan bahan kisar, daging, buah tomato yang telah dibelah 4, serai yang dititik dan dikoyak-koyakkan, daun pandan yang telah dikoyakkan dan diikat serta cili hijau yang dibelah 2.
Rebus dengan api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan daging telah empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum padamkan api dapur, masukkan minyak sapi untuk mengharumkan lagi masakan.

*Enak dimakan bersama nasi putih panas, telur masin dan papedom bulat.

Tapi kan, kalo sesiapa yang malas tu (yelah, nk menumbuk bawang, menumis dll) tp teringin nk makan jugak, tak payah susah-susah, beli jer rempah Kari Nasi Kandar dr Maggie tu. Rasanya sama jer...

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...