Rabu, 11 Februari 2009

Lemak Cili Padi Kubis Jeruk

Hari tu kat umah Fiza, ada buat lauk ni...teringin lah plak...pas tu pegi la Giant, cari kobis jeruk..tapi tak nampak bayang. Cari lagi kat kedai runcit, pun takde... So KIV dulu lauk tu... nk buat macam mana kan, dh takde barang nyer
Minggu lepas, balik Melaka, singgah kat pasaraya Bintang, terjumpa lah benda alah tu.. dan hari ni masak ler lauk yg dh lama tertunggak tu....


Bahan-bahan
>sekeping ikan (tenggiri boleh, parang pun boleh)
>Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
>Kunyit hidup * 1 inci
>Santan - dr setengah biji kelapa
>Kubis jeruk, dicuci dan dipotong kecil
>asam keping
>Garam dan perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
2.Masukkan santan, asam keping dan kubis jeruk
3.Masak dengan api perlahan.
4.Kemudian, masukkan pula ikan
5.Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih sekali lagi, dan bolehlah diangkat.





Ni pulak lauk2 sampingan untuk hari ini. Tau jer lah hang Jebat ku itu. Kalo setakat satu dua jenis lauk ni, dia mesti tanya balik "lauk dh habis ke dalam peti ais tu" Nasib baiklah dapat bini yang tak kerja..boleh ler masak macam2 kat umah....

Hati dan pedal goreng pindang

Bahan-bahan ( 4 org mkn )
>250gm hati ayam
>250gm pedal ayam
>5 ulas bawang merah kecil
>2 ulas bawang putih
>1 inci halia
>1 1/2 inci kunyit hidup
>15 biji cili padi(ikut suka nak pedas atau tidak)
>2 btg lada hijau besar
>air asam jawa
>garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1.rebus hati dan pedal kurang lebih 10 min..pastu potong kecik2 atau ikut suka..
2.tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,kunyit,cili padi hingga lumat...
3.tumis bahan2 yg ditumbuk tadi hingga pecah minyak..
4.masukkan hati n pedal ayam tadi...
5.kacau2..pastu masukkan air asam jawa,garam n serbuk perasa...
6..biarkan dengan api kecil hingga air asam td kering dan pecah minyak lagi...
7.bila dan betul2 kering masukkan hirisan lada hijau..biarkan seketika dan terus tutup api...
8.sedia utk dihidang



Ikan Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 4 orang )
>4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
>5cm kunyit hidup
>6 ulas bawang putih
>1cm halia
>sebatang serai - *optional
>garam

Cara-cara
1.Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
2.Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
3.Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
4.Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
5.Sedap makan ngan nasi putih panas.
SeLaMaT MenCubE!

3 corat coret:

Rafizah Nordin berkata...

akhirnye tercapai dah hajat nak makan sayo jeruk ye...hahaha
hati dan pedal goreng pindang tu selalu aku masak dulu.wat ratah je...seketui2 masuk mulut heeee
mane rempah ikan goreng ko?bogel je aku tengok, heee

nuryah berkata...

kak noorma,
ikan grg berempah tu mcmana nak buat..

Noorma berkata...

Fiza, ini kobis jeruk melaka mari...ikan goreng berempah tu berbogel..sebab aku buang rempah-rempah dia..buat menyemak plak atas ikan tu, kang hang jebat aku banyak plak citer...

Nuryah...ikan goreng berempah tu..(ye tak yer plak, takde resepinya kat situ) nanti akak tepek resepinyer yer....thanks sbb ingatkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...