Sedar tak sedar dah Isnin...lagi 2 minggu mulalah sekolah.. banyak benda tak buat lagi. Persiapan sekolah, baru beli stationari jer..stok utk setahun. Baju dan kasut blom lagi. Ingat jap lagi nk keluar ke Jusco.
Breafast hari ni, Masalodeh. Minggu lepas buat jugak, tp lom sempat snap gambar dah habis. So makan macam tak puas. Kali ni beli kacang dhal banyak sikit dan rendam semuanya. Pas tu frozenkan kacang dhal yang lebihnya. Bila nk makan, boleh terus buat, tak payah tunggu kacang dhal kembang dulu.
Resipi dari rakan fb, Kak Jee (Fauziah Abdul Samad-dulu pelakon, tp skang penulis skrip drama)TQ kak Jee!!
BAHAN2NYA:
1 peket kacang dhal; (300gms)
2 cili hijau atau cili api ikut suka
1 labu bawang besar
1 sudu kecik jintan manis
garam
daun kari
CARANYA:
kacang dhal direndam sebelum tidur.
pastu esoknya dicuci dan toskan airnya.
kemudian ¾ daripada kacang dhal itu dimasukkan ke dalam blender, bubuh air sikit jer untuk gerakkan blender dan trrrrrr sampai halus.
pastu keluarkan dalam bekas dan campurkan ¼ baki kacang dhal tadi.
bubuhlah garam dan aji kalau suka serta bawang besar yang telah dicincang.
jangan lupa masukkan juga 1 sudu kecik jintan manis dan daun kari yang telah diracik, kalau ada. gaul rata.
pastu masukkan cili. kalau cili hijau atau cili api yang telah dibelah. cili ijau ricik. rasa garam.
kemudian panaskan minyak. basahkan jari jemari dan bentuk2 bulat dan leperkan dan masukkan ke dalam minyak.
api biar sederhana untuk dapat hasil gorengan yang ranggup.
Ok...bye !!!
1 ulasan:
salam kak norma, kuih peberet mas ngan hubby ni...sedapnya..lama dah tak buat...
Catat Ulasan