Sabtu, 25 Disember 2010

Asam Pedas Patin - lauk hari Xmas

Salam buat semua. Bagi yang merayakan xMas, Merry Krismas yaa. Hari ni Jebat tak dapat kerja. Kahkahkah...Sepatutnya ada kerja, tp malam tadi dalam sms hari ni tak boleh kerja. Hahaha...bukan dengki tp seronok ler laki ada kat rumah. Hari ni tak bercadang nk ke mana2. Sbb minggu depan Jebat cuti panjang. wowwww...seronok...(terpaksa cuti, sbb cuti tahunnya dh melimpah ruah)

Masak awal sikit hari ni, tp lambat gak posting sbb macam2 hal berlaku kat rumah. Langit pun dh gelap tu.

Lauk pauk hari ni. Mmg takde plan nk masak sume ni. Ni kiranya menu last minit la.

Sejak Ida perkenalkan menu asam pedas ikan patin, aku dh tertawan. Hari ni Jebat bersihkan kolam dia, so aku mintak ler ikan patin 2 ekor. Sementara dia bersihkan ikan tu, aku pegi kedai jap, beli daun kesum dan barang2 lain. Ni respi yang aku biasa buat untuk asam pedas. Kiranya respi mak aku ler

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan patin
1 batang Bunga Kantan
Daun Kesum
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Secubit gula

Bahan Kisar:
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 genggam Cili Kering-dipotong kecil dan direbus dulu
1 sudu kecil ketumbar biji
2 inci belacan
2 batang serai-dihiris halus

Cara-cara memasak:
* Tumis bahan kisar sampai betul2 garing (naik minyak)
* Masukkan semangkuk air..pastu tunggu sampai kuah mendidih
* Bila dah mendidih, masukkan ikan, tambah air secukupnya, biarkan sampai kuah mendidih
* Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa, garam dan serbuk perasa
* Biarkan api kecik dalam 10 minit,sampai minyak naik ke atas. Siap.

Ikan Keli Goreng. Ingat nk bakar pada mulanya, tp dh malas dah nk hidupkan bara. Last2 goreng jer lah. Bak kata iklan "Goreng Pon Sodap"

Kerabu Pucuk Paku, Togeh dan Kerang. Ni respi last minit. Ingatnya nk goreng pucuk paku tu. Tapi macam malas jer. Nampak plak isi kerang dalam fridge. Nk masak kuetiau, aku terlupa plak beli kuetiau dan daun kucai. So..buatlah kerabu

Terung Goreng Taucu- Asalnya terung ni nk dimasukkan dalam asam pedas tu, tapi bila dh masuk ikan dan kuah, macam tak muat periuk plak. Then, bila dah rasa kuah asam pedas tu macam dh 'perfect' jer, rasa sayang plak nk letak terung ni, kot2 menjejaskan rasa asam pedas aku yang power tuh.. (cewahh...perasan) So... aku buat lah goreng taucu cenggini.Arwah pak mertua aku suka buat lauk ni. Tapi bila MIL yang buat, tak sedap la plak..hehehe...(diakui oleh Jebat yer...bukan aku yang kutuk !!!)

2 corat coret:

Mamahikal's berkata...

sedapnya ikan keli goreng...

mokwonik berkata...

lauk pauk yg cukup sesuai di gandingkan dgn nasi...huhu...buat org terliur nih!...terus terang ngaku..mokwo x pernah makan ikan patin...sebb kesian kat ikan!!hehe..kuah nnye cukup suka!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...