Rabu, 29 Disember 2010

Chicken Chop wif Mushroom Sauce& Honey Dew Smoothie

Salam buat semua kengkawan. Malam ni special sikit, sbb kami anak beranak dinner dengan chicken chop. Daging ayam ni beli yang ready made-takde tulang punyer..kat kedai menjual produk ayam. Satu peket ada 8 peha tanpa tulang=rm23.00. Pekedai tu kata, mmg jimat. Kedai2 western sume amik kat dia. So Jebat aku terpikat dan terus beli.

Hari ni buat 4 jer. sorang satu, Ryan tak payah...hehehe...Aku perapkan ayam tu dengan serbuk cukup rasa, garam, perisa dan lada sulah. Untuk along dia nk versi goreng, so aku celupkan dengan tepung dan salut dengan bread crum, dan goreng. Untuk kami 3 orang- Jebat nk versi bakar. 
 

Ni utk Along, versi goreng. Dihidangkan dengan garlic mashed  potato. Untuk sosnya aku buat mushroom sauce dari Kak Fida MYR. Time kasih akak. Mmg best sosnya.

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• 2 sb mentega*
• 1-2 biji bawang besar* - didadu
• 1 sb mentega
• 1 sb tepung gandum
• 100 ml air rebusan daging (akak guna air campur dgn kiub daging)
• 2 sb tomato paste
• 1/2 sk serbuk lada putih/hitam (akak guna sos lada hitam)
• 1 sb kicap masin
• 2 sb kicap manis
• 100 ml susu cair/fresh cream
• 150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
• 1 sk hirisan daun basil/selasih (akak guna daun parsley)
• garam secukup rasa (akak tak bubuh)

Cara-cara
1.Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
2.Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
3.Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
4.Siap untuk disajikan dengan chicken chop

Ni versi bakar. Pun sama sedapnya dengan yang digoreng.

Resipi Garlic Mashed Potato. (tq hana..aku salin dr umah dia...)

Bahan-bahan
* 8-9 biji ubi kentang saiz besar
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 2 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream -
* 1 sudu kecil black pepper
* Bahan-bahan untuk gravy (ni aku tak buat...sbb dh ada kuah sos cendawan tu..)
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih-
 
Cara-cara
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur &smooth, siap lah mash potato tu.
3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Hidangan kami agak special sikit malam ni, sbb ada Honey Dew Smoothie.

Air Honey Dew Smoothie ni aku dapat dari rancangan masakan kat tv. Tajuk rancangan tak sure, tp hosnya Anis Nabila dan Azrul Zaidi. Dah lama nk buat, tp dok cari buah tembikai susu ni tak berjumpa.


Bahan-bahan
buah tembikai susu
ais krim soda
vanilla ice cream
gula
ais batu secukupnya

Cara-cara
Kisar semua bahan dan tambah ais batu. Sedia dihidangkan !!!

2 ulasan:

Mas berkata...

perrhhh...kak norma..dinner chicken chop tu...sedappnya..lama dah tak buat...jadi teringin lakk..he..he..untuk mas ada tak...

misSbLurRy berkata...

wow my pebret...thanx ....nanti nak wat..eheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...