Rabu, 5 Mac 2014

Serimuka Pandan

Salam..
Minum petang hari ni, kuih serimuka pandan. Sebenarnya ni kuih kitar semula...hahaha...cemmana tu?? semalam CK buat pulut kuning, so bila tak abis, simpan dalam tupperware dan hari ni jadilah dia kuih serimuka. Sbb tu warna kuih ni ala2 bendera negeri Kedah...hahaha.... ( ♪ ♫ hijau kuning ♪ ♫ lambang negeriku ♪ ♫ 



 Ni resipi campak2 jer, so untuk adik2 yang baru nk belajar, refer resipi betul2 yer..jgn buat cam akak (yg dah pro ni) hahaha
*** abaikan lapisan pulut yang nipis tu yer, sbb CK mmg tak suka makan pulut banyak2, lebih suka makan lapisan hijau tu... tabiat masa kecik2 dibawa ke tua ni  ... hahaha....


SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")
Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir 
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




Ok..sampai sini dulu 

5 corat coret:

Bicara Kak Noor berkata...

lama dah kak noor tak buat serimuka macam tingin jugak nk buat tengok CK punya ni lawa kaler nya tu

mama sara nur berkata...

assalam ck
sedapnya ,lama x buat serimuka
cantik kaler hijau dan kuning

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

patutlaaa.. ingatkan ini serimuka versi baru warna kuning... hehe.. tapi ok juga kalau buat warna gitu kan... makin berseri2 si seri muka tu..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Noorma,K.atie pon klu mkn kuih serimuka tak bape suka pulutnya byk2..anak2 k.atie lak tak mkn pulutnya,mkn yg kat atas jer..hadoiii!!

Rohah berkata...

as salam...mmg x jemu bila pandang kuih talam...[lama jugak sy x menalam....hihi]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...