Selasa, 9 Julai 2013

Bahulu Ramadhan

Salam 

Hari ni tentu ramai yang sibuk buat persiapan menyambut Ramadhan esok kan. Ada yang pergi ke pasar, dan ada jugak yang ke kedai bakery membeli barang2 buat kuih raya. Tapi CK ari ni rilex sikit sbb semua menda2 tu dah disediakan awal2 lagi. Semalam dah pegi pasar, so hari ni tak perlu terkocoh-kocoh

CK dan keluarga mmg suka bahulu. Selalu beli jer sbb malas nk buat. Nak masuk kelas bahulu pun belum kesampaian sbb tak jumpa lagi kelas/guru bahulu yang betul2 marbeles. 

Dan semalam, masa jalan2 blog kengkawan, CK tergoda betul tengok kuih bahulu Rahel. So pagi ni CK pun cubalah. Tak banyak pun, setakat 2 bijik telur jer (dpt la dalam 16 bj) cukup laa.. kalo banyak2 pun, sapa yang nk makan bulan2 puasa ni??


Terima kasih kepada Rahel, dan izinkan CK kongsi resipi bahulu sedap ni di sini plak yer. CK buat 2 versi, vanilla dan pandan choc rice. Memang inilah bahulu yang menjadi pilihan jika membeli di luar.

KUIH BAHULU VANILA
Asal:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber: Rahel 
 
Bahan-bahan:
200g gula kastor
200g tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}-diayak (A)
5 biji telur gred A
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau 

Cara membuat:
1.Pukul telur dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama   10 minit.
2.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
3.Campurkan esen vanilla dan akhir sekali campurkan minyak masak dan digaul sebati.
4.Ambil sedikit adunan dan warnakan jika suka
5.Sapu acuan baulu dengan sedikit minyak masak.Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit.
6. Sendukkan adunan ke dalam acuan. 
7.Bakar pada suhu 180'C-200'C selama 25-30 minit
8.Setelah masak,cungkil baulu keluar dengan menggunakan lidi.Sejukkan.

Acuan baulu peninggalan arwah mak CK. Dulu mak buat bahulu secara tradisional. Guna arang dan sabut kelapa. Bahulu pun dipukul secara manual dalam pasu khas. 

Tip dari Chef Noraini:
Acuan hendaklah diminyakkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan adunan bahulu.
Untuk membakar kali kedua,tidak perlu menyapu minyak lagi.Bahulu ini hanya sesuai
dibakar dalam ketuhar api atas bawah.

Nota dari Rahel:
*Adunan bahulu Rahel masukkan dalam bag piping untuk memudahkan kerja.
*Mula-mula panaskan acuan bahulu selama 5 minit,kemudian keluarkan dari oven dan
  spray dengan cooking oil,kemudian panaskan kembali acuan selama 3-5 minit dan
  picit adunan ke dalam acuan (isi penuh).
*Bakar kuih dengan api atas bawah.Pastikan betul-betul masak sebelum dikeluarkan
  dari oven untuk mengelak kulit bahulu melekat pada acuan.

Tips dari CK: 
Kalau nak bahulu tahan lama ( tidak cepat berkulat) goreng/sangar dulu tepung gandum tu dalam 10-15 minit dalam kuali/oven. Sejukkan dan ayak 2-3 kali. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam adunan telur. Ni petua orang lama2 yer


CK suka bahulu versi Chef Noraini ni. Lembut dan sedap. Sama macam bahulu yang dijual di luar.  Insyaalah jika ada kerajinan CK nk buat plak versi bahulu berinti. Sure lagi sedap kan !!!



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat semua kawan. Semoga ramadhan ini lebih bererti buat kita semua !! 

8 ulasan:

Cida de' Nuanza berkata...

semakin menggebu2 perasaan ni bila tgk bahulu homemade ni..
teringin jugak nk mencuba...
tahnx jadi pembakar semangat..haha

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Noorma,wah!dah serupa nak raya larrrr...sedap mkn panas2!!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

selamat menjalani ibadah puasa ck
insyaallah thn ni plan nak buat baulu sendiri he heee sedap gebus nampak tu
nstalgia dulu2 kan bakar guna sabut sampai berasap-asap muka he hee pastu tak sabar mkn time buka puasa tu
dulu akak tolong arwah tok buat je

Qhaifa Nur berkata...

sedapnya bahulu...

rahel berkata...

Salam...
CK....amboii...lajunyer buat kuih bahulu....tahniah sebab kuih bahulu cantik manis....selamat menyambut ramadhan.

Liza berkata...

mmg nmpk kegebuan bahulu tu...sedapp

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

lajunyer kak mencuba.. sy baru je simpan resepinya smlm
slmt berpuasa kak ck...

Mas berkata...

rajinnya akak buat bauhulu...
Selamat berpuasa buat akak sekeluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...