Macam mana kami buat anak benih keli??
Ok..semalam kami membuat pembenihan ikan keli demi memenuhi permintaan kedai runcit dan kedai makan sekitar bangsar dan puncak Jalil. Permintaan terhadap benih keli juga meningkat, so terpaksa lah buat...rezeki jangan ditolak..Sebelum ni kami berehat sebentar sbb aku mengandung, so Jebat takmo inject/bedah ikan masa aku mengandung..konon....
Ni baby dh 3 bulan, so kami mulakan balik bisnes kami ni. Gambar2 dibawah ni adalah proses-proses yang kami buat semalam. Tak bawak masuk OT pun, buat kat belakang umah jer.. sebab tempoh masa membelah perut ikan ni perlu amik masa selama 5 minit jer. So kerja kena cepat, dan kalo lebih dari masa 5 minit tu, peratus kejayaan adalah rendah, dan benih yang terhasil pun kurang baik dan bermutu.
 Banyakkan telurnya. Jika menjadi semuanya, dapatlah lebih kurang 70-80 ribu anak benih. Tapi jangan ingat akan hidup semuanya. Keli ni jahat sikit, mana member dia yang lemah, dia akan makan.
 Banyakkan telurnya. Jika menjadi semuanya, dapatlah lebih kurang 70-80 ribu anak benih. Tapi jangan ingat akan hidup semuanya. Keli ni jahat sikit, mana member dia yang lemah, dia akan makan. Proses mengeluarkan sperma.
Proses mengeluarkan sperma. Sperma yang diambil tadi dibersihkan daripada darah dan kemudian dipicit ke dalam telur
 Sperma yang diambil tadi dibersihkan daripada darah dan kemudian dipicit ke dalam telurOpss.... induk Keli Jantan yang mati tu takleh dimakan yer..terus kena tanam. Sebab keli jantan tu dah diinject dengan hormon. Ada satu kes, lepas keli jantan tu mati, tuannya tak tanam, tapi diberi makan kat kucing...tak lama lepas tu, terus kucing tu MATI...so sapa yang rugi..mereka dan keluarga mereka..kahkahkah.... 
Tapi induk keli betina boleh hidup dan ia boleh mengeluarkan telur sebanyak 3 kali jer..lepas tu keli betina tu pun monopos..hehehe... (sebelum dilepaskan semula ke kolam, induk keli betina harus dikuarantinkan (tempoh berpantang ler.. selama seminggu). Dan selepas 6 bulan baru dia akan bertelur semula dan boleh diambil telurnya lagi. 
Ingat yer korang, kalo induk keli betina yang telah diinject hormon, kita tak elok lah nk  makan, mana tau, kang asyik mengawan/beranak jer..kan naya tu....Sbb tu jangan beli keli yang bersaiz besar lebih dari sekilo dan ada tanda dikepalanya. Itu tandanya ikan tu telah disuntik hormon. Selalunya ikan keli betina yang monopos akan dilepaskan ke tasik2 atau sungai untuk hidup, dan kalo nasib tak baik ada plak yang pancing...haaa..jangan ingat dapat rezeki besar yer...ikan tu tak seharusnya dimakan...
Ok...itulah cerita aku kali ini...fuhhh..penat aku masukkan gambo...semoga korang puas hati... lepas ni aku akan update gambar anak2 benih yang terhasil...
Sampai sini dulu...BYE !!!


Ulasan
tq! ilmu baru...
aku tak makan keli...taktau ler kot esok2 aku turun kl ko masak aku leh telan..ekekekek...
pssstt : tqvm untuk info yg sungguh manarik n informative...semoga terus maju!
ada sedikit pandangan daripada saya yg ingin berkongsi..
1.keli jantan tak perlu disuntik hormon kerana itu hanya membazir.
2.bintik2 putih itu adalah telur yang rosak.
3.jika menggunakan suntikan hormon istilah keli organik itu sendiri telah salah digunakan.
saya mengucapakan terima kasih pada kak noorma kerana membuat entry yang bagus sekali tentang pembenihan ikan keli.Ada juga ilmu baru yang saya dapat daripada entry kak noorma.
tapi nak wat canne.. :(