Ahad, 18 Julai 2010

Spicy Soupy Noodle

Hari2 makan nasi pun boring gak kan. Hari ni aku masak sup la plak. Masak yang ringkas jer sbb jap lagi aku nk pegi kelas masakan. Laki aku dipaksa amik cuti hari Ahad ni sbb aku nk pegi kelas masakan tu. Takkan nk ikut kerja dia jer kan....kalo tak boleh, kang aku komlen kat persatuan sekerja kang !!

Buat chinese style. Resipi ni aku dapat kat Asean Food Channel(703). First trial ni. Kalo nk makan sedap, kenalah rajin sikit kan.

Sepatutnya guna mee kuning, tp aku gantikan jer dengan bihun kaler kuning..wakahkahkah... layan jer lah. Ops..tersilap, takleh letak limau rupanya. Rasanya dh lain. Aku saja la letak limau tu, konon nk cantik ler..

Inilah penyedap fishball noodle ni, sambalnya. Takkan makan ngan sambal kicap tawww...lain rasanya...tu dah jadi jawa chinese noodle plak. Sambal ni menggunakan udang kering dan udang geragau. Memang best lah..

Masakan ni sepatutnya takleh letak kuah melimpah ruah macam aku buat tu. Kuahnya sepatutnya cukup2 jer melitupi mee tu, sbb kalo banyak sambal udang tu tak terasa la plak.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...