Selasa, 13 Julai 2010

Donut Suria

Slamat petang... hari ni kami makan donut plak. Ramai kengkawan dh cuba donut ni, aku jer yang ketinggalan jet pejuang. Dan semalam bila Irfan cakap nk makan donut, hari ni terus ler aku buatkan. Kata Hang Jebat, kalo Irfan mintak nk makan jer mesti mama buatkan. Eleh..ayat dengki la tu...



Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening
3 s/b gula pasir halus

Bahan B*
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..

Bahan C
minyak untuk gorengan
1 s/b majerin
gula kastor

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali butter dan shortening dalam Bread Machine atau mesin penguli.
2. Ulikan pada setting 'Dough' atau sehingga doh kental.
3. Masukkan butter dan shortening dan uli lagi sehingga kental.
4. Keluarkan doh dan canaikan untuk adunan donut. Peramkan sekejap.
5. Panaskan minyak dan majerin dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Golekkan dalam gula kastor dan hidangkan.


isi dalam donut ni gebu dan lembut jer

Donut yang sedang digoreng...awas nanti itam...

Jom minum petang ngan Donut !!!



2 corat coret:

MAS ( DUNIAKU ) berkata...

wah donat suria...my peberet tau, gebu dan lembut kan kak donat ni...sedapnya..

zuanzaqziq berkata...

my peberet donat dari kecik lg..
sedapnye makan time panas2...>.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...