Rabu, 14 Julai 2010

Rendang Pindang (Ayam)

Salam... hari ni macam sihat sikit..(actually masih tak brapa ok, cuma kena kuatkan badan gak..pagi tadi terpaksa tolong jebat buat pembenihan ikan keli sekali lagi..sbb stok hari tu tak cukup. Boleh dapat dalam 50-60 ribu jer..itu hanya untuk 1 kolam jer..belum campur ngan nk jual benih keli lagi...nyampah!! )

Hari ni macam teringin jer nk makan rendang ayam. Raya lambat lagi, jadi buat ler sikit. Sume bahan dh ada. So on jer projek merendang.



Bahannya
* Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 5 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci lengkuas*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 4 biji cili api* - sy letak 1 biji +2 biji cili merah
* 1 cawan santan
* 2 keping asam keping
* Beberapa helai daun limau
* Garam, gula, perasa
* 5 sdb minyak

Cara2:
Kisar semua bhn yg betanda *
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
Masukan santan dan kacau
Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau
Masak hingga kuah pekat



Ok.... nk turun bawah balik ler... si Ryan tgh tido tu.. nk sambung masak sikit lagi. Mana cukup kalo rendang ayam jer kan. Kang ada plak elaun yang kena tarik...ooo...tak mooo !!!


2 corat coret:

MAS ( DUNIAKU ) berkata...

sedapnya rendang...nak cicah ngan roti la...

Fiza Nordin berkata...

wahhh dalam tak sihat2 tu...siap merendang pulak ko noorma...caiyok...lame betul dah rasenye tak makan rendang....uishhh sedapnye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...