Tart Gulung Blueberry & Strawberry
Salam.... semalam line internet buat hal kat Puncak Jalil ni. Lepas hujan/kilat waktu petang, langsung tak dapat internet sampai la ke pagi tadi.
Ni projek aku pagi tadi, lepas siap sume juadah untuk lunch, aku buat plak sekut ni. Opsss...biskut ni aku buat 2 kali bancuhannya..Sebab tok gurunya lain2.
Ni projek aku pagi tadi, lepas siap sume juadah untuk lunch, aku buat plak sekut ni. Opsss...biskut ni aku buat 2 kali bancuhannya..Sebab tok gurunya lain2.
Terima kasih kepada Kak Yatie yang tak lokek berkongsi tip dan resipi. Baik kak yatie ni bgtau aku kat mana nk beli jem blueberry tu. Walaupun dia menerima tempahan biskut raya, tapi tak lokek berkongsi maklumat. Idak macam setengah orang tu.
TART GULUNG
Sumbangan : Kak Ita dari RNET
BAHAN A
250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla (aku gantikan dengan blueberry esen)
*pewarna ungu
BAHAN B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum
CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.
Ni plak tart strawberry gulung.Yang ini aku guna resipi dari Kak Hanieliza. Mmg best.. Untuk kedua2 resipi ni, aku tak gliskan dengan telur. Cuma paipkan coklat putih untuk memberi kelainan.
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla (aku gantikan dengan strawberry esen dan strawberry emulco)
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
*pewarna merah
Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem strawberry sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem strawberry diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Ok... ada sesiapa nak menempah untuk raya? 50 biji = rm 15.00 . Ada brani?? hahaha...


Ulasan
Siti.
Amvooiiii awalnye buat kuih raya. Pose pon tak lagi ni. hehehe... :)
Kalau 50bj - $15 murah sesangat ler..nak jer tempah..hehehe
harga: rm 20 = 50 biji
rasenye hanco la kalau hantar pakai pos, saye pernah hantar biskut pakai pos laju, sampai2 kat penerima, jadi hancor serbuk je..
huhu x dapat la nk merase tart blueberry tu