Rabu, 7 Julai 2010

Roti datang lagi

Kat rumah ni kalo roti dh habis mesti susah hati kan..mana taknya roti ni dh jadi makanan harian anak2 aku tiap2 pagi. Si along dari tadika sampai ler darjah 4 memang bawak bekal roti tiap2 hari ke sekolah. Skang ni plak penjual roti dh tak masuk ke kawasan rumah ni..entah mana menghilangnya..balik India kot..hehehe...

Dan masa ke Yen Bakery tu sempat jugaklah ambik tepung roti 2 kg. Bukan apa, kat sana murah sikit dr kedai bakery kat umah aku ni.. dh alang2 pegi sana, rembat jer la apa yang patut.

Kesukaan anak2, roti yang ada sosej kat dalamnya.. tak kira ler bentuk apa sekalipun, janji ada sosej. Tapi mama dh warning awal2, kalo nk makan mesti habiskan roti tu, jangan makan sosej jer semata-mata..

Aku plak suka roti yang ada inti kacang merah.

1 ulasan:

mar berkata...

cantikla roti yg akak buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...