Khamis, 15 Julai 2010

Gulai Tempoyak Ikan Patin Buah

Salam...senangnya hati bila stok tempoyak kembali penuh kat rumah ni. Dan hari ini masak gulai tempoyak ler.. Korang makan tak? mungkin sesetengah orang tak biasa makan tempoyak atau ikan darat ni, tapi aku semua leh belasah.

Mula2 dulu aku memang tak tau masak/makan gulai tempoyak. Hinggalah satu hari aku tengok Siti Nurhaliza masak gulai tempoyak kat tv. Sedap plak. Aku pun cuba resipi sebijik sebijan macam dia buat tu. Dan hasilnya..wallah...sedap ko.

Lepas tu aku mmg stick dengan resipi diva pop yang sorang ni. Laki aku pun suka makan gulai tempoyak, dan masakan hari ini pun request dari dia.

Aku guna ikan patin buah. Hasil dari kolam sendiri. Kami memang bela patin untuk makan sendiri. Tak pernah jual pun, sebabnya tak sanggup nk makan patin yang beli kat pasar tu. Dia punya makan lebih kurang keli jer..




Patin yang sedang disiang. Ada la dalam berat sekilo. Patin bela sendiri,jenis Patin Buah, takde lah hanyir dan lemak tepu pun kurang. Isinya manis jer.. (bila masak ler..sapa plak nk rasa mentah2)






Korang tengok tak citer malam minggu lepas kat tv3, Ratu Cinta?? haaa..disebabkan citer tu ler aku teringin nak makan gulai tempoyak ni.


Nk resipi? sini jer...

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-15 biji cili padi * (ni versi pedas)
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa

Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..

Cubalah...pasti tak menyesal dan hirup kuah tu sampai ke titisan yang terakhir..

Lauk sampingan hari ini, untuk anak2. Ayam Masak Kicap wif kentang.


Ok...sampai sini dulu. Nk makan nasi ler plak..tak tahan ngan penangan gulai tempoyak ni. Masa masak tu, semerbak bau. Sib baik jiran2 bukan orang Melayu...lantak ler korang...

6 corat coret:

cikmin berkata...

amboi ko...aku baca tajuk tadi ingat patin tu masak dengan buah...rupanya patin buah... :P

FareedSairi berkata...

macam sedap je...nak try tp tak minat mkn patin sbb hanyir n minyak dia...

Kakasma berkata...

maa,
akak suka patin,selalu beli kat pasar tani,org kita bela..tak risau sgt..sedapnya tengok ko masak..

izahdaut berkata...

ya Allah sedapnye..letak timun tahun nih..peeehhhhhhhh....

ijan berkata...

Ewah akak dapat ilham tengok datuk CT makan ke.. cayalah. hehe... tempoyak2 ni kite minat benor. ritu bawak dua bekas kecik.nk bawak byk karang meletup dalam beg naya pulak. heheh

layla dania berkata...

sedapnya..btw blog awk feature dalam fb saji and twit dia laa.. http://www.facebook.com/sajicookingoil http://twitter.com/#!/sajicookingoil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...