Sabtu, 10 Julai 2010

Nasi Goreng Sempoi

Aparaaaa...nasi goreng cenggini pun nk tunjuk ker?? hehehe...

Actually inilah nasi goreng yang aku suka makan masa aku kecik2 dulu. Nasi goreng inilah yang membuatkan badan aku tembam dan montel. Susahnya nk kurus lepas tu. Dan sekarang tabiat suka makan nasi goreng ini diteruskan oleh anak2 aku plak. Kalo boleh hari2 nak makan nasi goreng ni. Laki aku pun suka. Aduhai...diorang ni nk menggemukkan aku balik ke?? (yelah, aku yang masak, tentu lah aku nk makan sikit )

Ala-ala nasi goreng cina pun ada. Cara membuatnya senang jer, mula2 gorengkan ikan bilis kecil (aku guna ikan bilis pangkor yang halus2 tu..mmg sedap, tak payah buang kepala) Lepas tu keluarkan dari kuali dan goreng plak bawang merah yang dihiris halus dengan cili kering yang dipotong pendek2. Bila bawang dh kuning, pecahkan sebijik telur. Kacau dan masukkan nasi. Gaul rata dan tambah garam dan perasa. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi. Siap...
Senang kan! tak sampai 5 minit dh siap. Irfan mmg suka kalo makan nasi goreng ni pagi2, pas tu bawak bekal pegi sekolah. Hari Sabtu cenggini pun dia nk nari goreng gaj. Risau jugak sbb badan Irfan makin naik tu.. ni gara2 nasi gorenglah kot...





Cerita hari ini: Jap lagi nk ke keluar. Banyak tempat yang nak dituju. Hantar ikan tilapia ke Cheras, ke Hulu Langat beli pallet ikan dan ke Semenyih melawat Ladang Burung Unta...hahaha.. apa kes? nk bela burung unta ker?? ala...takde maknanyer..bela ikan ni pun dh semput..saja la nk melawat2..kat Semenyih tu ala2 mini Zoo. So boleh bawak anak2 jalan2, sambil tu boleh la beli durian dan buah/sayur kampung.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...