Selasa, 27 Julai 2010

Mee Bandung

Salam...inilah menu makan malam hari ini. Malas plak nk masak nasi. Mood tgh swing ni.. sambil2 tu layan jer lah lagu Ziana Zain ni, Sembilu Kasih (aku mmg minat Ziana Zain ni dr zaman sekolah lagi..)



Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cara menghidang:
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.





Cerita hari ini : Letih...memindahkan pc ni ke bawah.. susah ler nk update blog guna laptop tu. Bila dh jenuh menaip, menyusun ayat, tiba2 tupp...padam.. salah tekan key jer..habis sume padam...tension betul..pas tu malas nk berebut laptop dengan Jebat. So baik ler pindah ke bawah..kat atas tu susah sikit sbb si kecik ni tak selesa dok atas..
dan..kat bawah ni, sambil main tenet, boleh jeling2 ke tv, boleh dengar anak2 berkelahi..itu yg penting..supaya diorang tak ber'maharajalela' depan tv..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...