Isnin, 26 Julai 2010

Oreo Choc

Salam semua... kembali berblogging setelah seminggu berehat. Sebenarnya dh 2 minggu aku demam, dan 3 kali pergi klinik. Tapi lepas makan jer ubat, baik kejap, lepas tu demam lagi...berlarutan sampai 2 minggu. So kami pun baliklah Melaka, berubat cara kampung plak. Dan alhamdulillah, dh semakin ok.. (ni yg boleh update blog ni...)

Projek celekat ni aku buat masa time demam ari tuh. Kalo korang nk pun, masih ada lagi. Anak2 aku dh jemu dengan coklat ni. Haaaa...padan muka. Hari tu sebelum mama pegi belajar coklat, asyik nk makan coklat jer, tapi bila coklat dah melambak kat rumah, sampai dh tak lalu makan...

Ni guna coklat compound, jenama Bery's, aku beli kat Yummies Bakery minggu lepas. 1 kg=rm11.40.



Ni Oreo Choc, sbb ada biskut Oreo kat dalam tu. Trend sekarang.

yang ni plak ada inti almond gajus didalamnya. Aku lebih suka yang ini.

Taraaa !!! untuk anak2. Lolichoc.


Dan macam biasa, bila dh berdua jer kat rumah, ada le sorang yang jadi tukang sibuk. Dan dialah jugak yang jadi tukang rasa.

Beria-ia nak makan. Kesian la plak. So bagi sikit. Makan pun gelojoh, habis comot muka.

Dah bagi sikit,rasa sedap, mintak lagi... Sedap gamaknya, sampai kembang idong !!

Last2 nak pegang sendiri. Amik la anak oiii.. Lepas ni kita mandi


Semalam, aku bawak ler coklat ni pegi umah mak mertua aku, nk bagi ler dia rasa sikit. Tapi lain plak jadinya. Orang tua tu siap order untuk hari raya. Nak 50 biji oreo choc. Alamak..macam mana ni? aku bukannya reti nk menjual. Bila ditanya pada kengkawan yang menjual coklat, oreo choc ni berharga rm1.50 sebijik. Mak oiii...mahalnya, takkan aku nk letak harga mcm tu kat MIL aku. Orang tua tu plak satu hal, kalo kita bagi free, dia taknk, mesti nk membeli, katanya nk support bisnes menantu....kahkahkah..lepas ni nk rekomen kat kengkawan/jiran dia plak? .SO AMACAM? Aku nk letak harga rm0.80 jer lah...ok tak???

1 ulasan:

KakAsma berkata...

Maa,jiran sebelah umah akak baru gi belajar semalam.tengok coklat ko punya cam best ajer..susah ker nak buat coklat nie maa..yelah org belajar,akak sibuk lak nak tau..bukan aper mcm akak nie payah laa nak gi belajarkan..dapt tau sikit2 buat tuk anak2 orait gakkan..kebetulan semua kat umah akak nie anttuuuu coklat..hari2 makan pun tak jemu..akak ade nmpak cocoa butter kat kedai tu ker yg guna buat coklat yg maa cakap aritu..
kalau akak okay gak tu harga maa bagi tuk MIL..untung sikit maa,takpun ikut badjet yg maa guna laa kan..berapa dah guna tuk buat semua tuuu hihihihi cadangan ajer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...