Salam...nk masak beria2 macam malas ler plak.. pukul 5 nanti kena buat pembedahan kat ikan keli tu..so masak jer lah yang ringkas2, janji leh kenyang.. dan penyelesaiannya... tadaaaa...
Chicken chop jenama Fusipim, beli kat pasaraya area sini. Katanya chicken chop tapi rasa macam nugget jer.. entah laa..dh tulis kat pek tu..takkan aku nk pertikaikan lagi..
Chicken chop jenama Fusipim, beli kat pasaraya area sini. Katanya chicken chop tapi rasa macam nugget jer.. entah laa..dh tulis kat pek tu..takkan aku nk pertikaikan lagi..
Goreng plak fun fries, makan ler ngan mayonis dan sos. Nk buat coleslaw dh tak larat dah....
Cerita hari ini : Lupa plak nk story..pagi ni kami dh inject hormon pada induk ikan keli kami tu.. dan demi memenuhi permintaan pelanggan dan kedai runcit, kami TERPAKSA memulakan semula projek ikan keli. Ciss...ayat terpaksa tu semacam jer bunyinyaa... yelah, bela keli ni banyak sikit kos terutamanya kos beli palet.. Jebat aku lebih suka bela ikan tilapia.. tp dh permintaan dr kedai,buatlah sikit.. keli kami makan 100% palet..tu yang banyak guna duit..lainlah keli yang diberi makan usus ayam macam yang dijual kat pasar borong/pasar segar/tesco tu...
Dan sekejap lagi akan bermulalah proses aruhan, pijit telur ikan keli betina tu keluar dari perut dia.. dan proses membelah perut ikan keli jantan untuk ambik sperma. Sapa nk tengok? meh ler.. tapi jangan pengsan kalo tengok darah banyak jer....hehehe... proses bermula dari telur sampailah jadi anak benih ikan keli sebesar 1 inci mengambil masa sebulan. (nanti aku letak entri khas semasa proses ni yer..)
Lepas sebulan, barulah kami mula sibuk hantar benih keli kepada pelanggan plak. Dan kerja2 memberi makan keli sampai ler mencapai berat yang sepatutnya dan boleh dijual kat kedai... alahai..banyaknya kerja....
1 ulasan:
noorma..laki ko dgn ko je ke buat keje bedah2 ni..cepat la entri kat sini..teruja betui aku baca ni..
Catat Ulasan